Berhati-hati di jalan raya. Kita sering mendengar baris ayat-ayat ni. Selalu keluar dari TV kan. Amaran oleh pihak kerajaan. Tapi berkesankah kalau hanya pihak kerajaan sahaja yang memberi amaran. Apakah peranan kita sebagai pengguna jalanraya.
Bukan hanya pemandu. Pejalan kaki juga perlu berhati-hati dengan jalanraya. Ramai orang malas menggunakan jejantas untuk melintas jalan. Lama menunggu lampu isyarat untuk melintas. PADAH andai tidak mengikut langkah keselamatan. Untuk apa kemudahan kalau tak digunakan. Berapa banyak kes kemalangan maut di lintasan keretapi. Bukan tiada amaran. Tapi DEGIL..
Keretapi.. tiada di Kuantan. Tapi lori ada. Tadi dalam belek-belek email lama. Satu e-mail menarik perhatianku untuk dikongsi. Gambar kemalangan maut di jalan Mahkota Kuantan. Kalau tak silap.. berhampiran dengan banggunan UMNO Kuantan. Tragedi berlaku tahun 2007. Semoga gambar ni akan memberi kesedaran kepada kita. Kita tidak lagi di zaman dimana kenderaan yang menggunakan jalanraya boleh dikira dengan jari. Kenderaan sekarang bertali arus. Semakin hari semakin ramai pengguna jalanraya. Berhati-hati melintas jalan. jangan berhenti di atas garisan putih menunggu kenderaan berlalu. Gunakanlah kemudahan yang ada. Lintaslah di tempat yang selamat.
GAMBAR-GAMBAR TERPAKSA DI DELETE.... RAMAI YANG MENJERIT BILA TENGOK
Bukan niat nak menakutkan. Tapi sebagai peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan. Sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian tiada berguna. Tempat kejadian tu berhampiran sahaja dengan lintasan pejalan kaki. (berhampiran pejabat pos)