Dari Amirul Mukminin Abu Hafsah Umar bin Khatab ia berkata aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Amal perbuatan itu tergantung pada niatnya dan seseorang akan memperoleh balasan sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barang siapa yang hijranya kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasulnya dan barang siapa yang hijrahnya untuk kesenangan dunia yang didapatnya, atau karena wanita yang akan dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang diniatkannya.” (Muttafaq ‘Alaih)
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata:
Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Setiap perbuatan kita adalah bermula dengan niat. Apa saja perbuatan kita, selagi tidak bercanggah dengan syariat Allah adalah dikira sebagai ibadah kita kepada Allah swt. Apakah tujuan di syariatkan niat? Tujuan utama niat disyariatkan adalah untuk membezakan antara amalan-amalan ibadat dengan amalan-amalan adat kebiasaan. Juga untuk menentukan tahap ibadah itu sendiri.
Amalan kebaikan kita, mudah-mudahan diterima Allah, asal saja kita tidak menunjuk-nunjuk dalam melakukannya. Ibarat dalam memberi sedekah. Tangan kiri seolah tidak tahu apa yang diberi tangan kanan.
Saja aku nak cerita kat sini. Tentang seseorang yang aku kenal kat sebuah kampung. Beliau merupakan seorang yang cukup dikenali kerana kerajinan beliau di kampung tersebut. sebut saja nama si "polan" semua orang kenal. Kerajinan beliau memang diakui. Jarang terdapat orang begitu rajin. Boleh kata di setiap rumah yang ada kenduri beliau akan hadir menghulurkan bantuan. Beliau tidak akan pulang kerumah selagi tak selesai kenduri tersebut. Beliau memang rajin terutama dalam kerja-kerja membasuh pinggan mangkuk dan periuk belanga. Cuma satu sikap beliau yang orang kampung tak suka. Beliau suka mengungkit akan setiap apa yang dilakukan. Mungkin untuk mendapatkan pujian barangkali. Tak pun untuk dapatkan undi waktu pemilihan pucuk pimpinan kampung. Dijaja seluruh kampung, tanpanya kenduri tidak akan sempurna. Dikatanya pulak orang tu pandai makan je.. orang ni plak tak pandai-pandai nak mengemas... walhal.. arghhh... sakit gak telinga sesekali dengar...
Bagi aku.. kalau nak wat kerja sukarela ni.. buatlah dengan ikhlas.. toksah ler nak canang satu kampung seolah dia sorang je yang buat kerja..
Bagi aku.. kalau nak wat kerja sukarela ni.. buatlah dengan ikhlas.. toksah ler nak canang satu kampung seolah dia sorang je yang buat kerja..