Tuesday, March 29, 2011

Sabtu tu..

Lama tak shopping hari Sabtu. Tak ada plastik beg kan. tapi boleh dapat.. kena bayar dua posen. Tak tau rupanya di Tunas Manja pun dah kua tkuasakan mende ni. Sebagai menyahut cabaran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (betul ke.. hehehe) maka aku tidak ambil beg plastik lah.. safe the world gitu.

Sabtu tu... penuh la barang dalam kereta bergelimpangan tanpa masukkan dalam plastik.
Jimat 5 plastik kot.. RM1.. hahaha... singgit tu lah nak wat modal nanti.. la la la~~

Monday, March 28, 2011

Mengharapkan yang terbaik

di saat ini.. kosong.. dimensi membukakan mata memekakkan telinga.. lalu diri menjadi hampa..
arghhh.. I hate this feeling.. As I heard from my wife last week.. "kita tak tahu lagi boleh bersalin normal atau tidak.. "

Harith Azhar lahir tidak cukup bulan.. setelah beberapa lama isteriku berjuang menjaga kandungannya dulu.. genap usia kandungan 30 minggu lahirlah Harith Azhar dengan pembedahan.. .. yg ku cari maksudnya sbg Yg Jelas... Yg Kuat .. smoga kekuatannya dapat meneruskan hidup.

Untuk anak ketiga.. saat ini doktor masih mencari lagi rekod lama. Aku dipahamkan.. terdapat dua lapisan pada rahim seorang ibu. Lapisan nipis tebentuk bilamana kandungan berusia 26 minggu. Sekiranya lapisan tebal di belah sewaktu melahirkan anak.. ini bererti anak seterusnya adalah juga melalui pembedahan. Minggu lepas dah pergi HTAA.. namun rekod belum dijumpai.

Kasihan sungguh bila isteri terpaksa di bedah. Parut lama masih jelas terlihat meski sudah hampir 6 tahun.. Oh! Tuhan.. permudahkanlah isteriku kali ini.

Saturday, March 26, 2011

Bekojo lah kito

Den kojo ari ni.. lamo dah tak kojo ri Sabtu. Takpo lah.. dapek gak duit OT.. buleh wat boli lense atau wat bayar mas kawin.. opss..

Esok ada kelas di Shah Alam.. ari ni kira last day nak siapkan esaimen... huhuhu.. ada sikit lg tu.. jap lagi siap la.. tip top kondisen lagi tu.. ni saja nak promote bisnes kad.. mana2 yg nak real nye.. bleh dapat bila jumpa.. hehehe.. kad sementara..

Monday, March 14, 2011

Malaysia Boleh!! Tahniah Datuk Lee Chong Wei


Tiada apa yang mustahil... ini yang telah dibuktikan Datul Lee Chong Wei apabila menjinakkan Lin Dan pada Perlawanan Akhir Kejohanan Badminton All England 2011. Lin Dan dilihat serba tidak menjadi tatkala Chong Wei dilihat tangkas menahan asakan Lin Dan.

Lee Chong Wei berjaya mengatasi Lin Dan dengan straight set 21-17 21-17 bagi mempertahankan kejuaraan miliknya tahun lepas. Namun kali ini lebih manis bila berjaya menewaskan lawan yang jarang sekali dapat beliau tundukkan di mana-mana kejohanan.

Kejohanan All England 2011 akan lebih manis buat peminat badminton Malaysia sekiranya terlebih dahulu Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong berjaya menundukkan pasang Denmark Boe dan Mogensen namun semangat kental pasangan Denmark meski ketinggalan 11-16 pada set penentuan mampu menidakkan pasangan Malaysia untuk merangkul kejuaraan berganda. Pasangan Denmark menang 15-21 21-18 21-18 untuk merangkul kejuaraan All England.

Cuti Sekolah Datang Lagi


Salam Semua..

C uti sekolah tiba lagi. Buat pertama kali Harith ku pujuk tinggal dengan Tok Bah dan Tok Wan dia di Pekan. Sengaja kukumpulkan dia dengan Farah dan sepupunya yang lain. Kalau sebelum ni cukup liat Harith nak bertiduran di Pekan tanpa Ayah atau Ibu kali ni lain sekali.. Entah berapa kali semalam dok tanya Ibu bila nak pergi rumah Tok Wan....Di minggu terakhir sekolah sebelum cuti asyik mengira hari bila nak ke rumah Tok Wan.

Kakak jangan cakap la.. memang excited sangat nak balik sana.. ditambah pula dengan hari jadinya yg ke 10 pada cuti sekolah.... "Ayah... jangan lupa tinggal duit tau.. nak buat Harijadi..."

Wah.. anak 2-2 ke rumah Tok Wan & Tok Bah.. tinggal berdua.. honey moon la.. malam ni plan nak menonton Hikayat Merong Mahawangsa.. anyone nak join hengaut ramai2.. jom la...

Wednesday, March 09, 2011

Hujan Rahmat

Alhamdulillah.. selepas beberapa lama cuaca panas.. Kuantan kembali dibasahi hujan rahmat.. Hujan lebat dua hari sudah cukup menukar warna air sungai. Sudah cukup untuk menceroboh ke rumah atau bilik2 yang kebocoran. Natijah dari hujan lebat pagi tadi ramai yg biasa bermotosikal kini bermotokar ke tempat kerja.. dan aku terlewat untuk merakam waktu mula bekerja.

Kalau sebelum ni di IMC tak tahu hujan atau panas di luar, tapi kini di tempat kerja baru aku dapat menikmati keindahan dan ketenangan memandang ke arah hujan... cubalah.. perhatikan rintik2 hujan yang turun.. mendamaikan bukan.

Dah hampir 2 bulan di tempat kerja baru.. jauh sikit dari rumah. Kena keluar awal.. hantar wife.. hantar anak.. baru aku ke tempat kerja. Pukul 5 terus kena keluar.. kalau lambat... perjalanan 15 minit akan jadi lebih 30 minit.. soalan pertama anak akan tanya.. "kenapa lambat ambik Abang?"

Monday, March 07, 2011

Padan Muka Aku

Sapa suruh tangguh ... lain kali dapat je terus buat.. ini terjadi bila di tangguh..
Sem ni.. kena ambik exam di kampus induk.. tapi aku amsih berharap utnuk buat rayuan.. Oh! Puan Wainuli.. angkatlah phone....

Template by:
Free Blog Templates