Showing posts with label anakanda. Show all posts
Showing posts with label anakanda. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Happy Birthday Afina Qaisara

Semalam genap setahun anakanda Afina Qaisara. Pejam celik dah setahun rupanya.. tak tahulah dia nak beradik dah ke belum.. harap dapar bersabar ye.. Sian kat ibu. Kalau satu hari nanti Afina dah besar.. tengoklah gambar ibu kat bawah ni. Saat melahirkan Afina dah makin hampir.. Ayah curi-curi je snap gambar Ibu ni.. tapi Ibu kuat.. walaupun sakit tak pernah cakap Ibu sakit. Ayah masuk dalam labour room teman Ibu, bagi semangat kat Ibu.. Ayah hampir menitiskan airmata waktu Ibu melahirkan.. Di saat ni pun waktu Ayah taip blog ni rasa nak meleleh air mata.. mesti Arwah Mak Ayah dulu waat nak melahirkan Ayah macam ni juga.. tapi wanita ni kuat.. Ayah belum tentu dapat menahan kesakitan macam ni...... Ayah kagum dan Ayah sayang ibu..



Bila Afina lahir.. Ayah rasa bersyukur sangat.. semua selamat.. Ayah De, Makde, dll ada sama kat lobi Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. menunggu dengan sabar dekat Lobi tu.. nak makan pun tak lalu selagi Afina tak selamat.






Sekarang Afina dah satu tahun.. Semalam Ayah hadiahkan Afina kereta sebuah sempena hari lahir.. Ayah Sayang Afina.. Ayah sayang juga anak-anak Ayah yang lain...


cak!!.. Selamat Hari Lahir...

Thursday, August 04, 2011

Ramadhan kali ini

Banyak perkara baru Ramadhan ni.. Berbuka dengan Sahur tahun ni sibuk sikit dengan adanya Afina. Sibuk juga dia nak ke meja makan. Sekarang dah pandai mencapai barang.. kena hati2 sikitlah.. buatnye tercapai air panas.. haru dibuatnya. Afina lak sejak pandai meniarap ni.. pantang baring.. dia akan konar baring selalu.. bahaya kalau biar atas katil sorang2.. takut dia masuk bilik air sendiri..

Harith plak.. tahun ni dah start belajar berpuasa. Hari pertama dapat sampai pkl 1 lebih.. alhamdulillah.. ada peningkatan dari tahun lepas. Namun apa yg tak terduga.. hari kedua dia dah puasa penuh walau tak bangun sahur.. waktu berbuka minum air yogurt sampai 2 botol.. dengan roti.. mungkin sebab tak pernah puasa penuh kot.. mungkin disebabkan perut dah masuk angin.. tak lama lepas tu muntah balik. Dan semalam hari ketiga ku paksa juga bangun sahur. Alhamdulillah.. dia dah mula membiasakan diri...

Farah tahun ni sangat membantu ayah ngan ibu. dialah yg tolong jagakan adik waktu ayah ngan ibu dia sibuk kat dapur. memang boleh diharapkan anak sulung kami ni.

Ditempat kerja.. alhamdulillah.. dengan di tempat baru.. di tambah student cuti.. ada program pengisian rohani sepanjang Ramadhan.. tadarus dan disambung solat jemaah.. terima kasih kepada yang memberi cadangan. Semoga kita sama2 memperoleh Rahmat dariNya.


Wednesday, May 11, 2011

Afina Qaisara

Tanggal 17 April yang lalu.. lahirlah seorang lagi ahli baru dalam keluargaku.. Afina Qaisara.. Nak tempek sikit la gambar Afina ni.. Lahir kebetulan time aku sibuk dengan final exm di UiTM.. entah kenapa tahun ni bleh lupa pula nak daftar menumpang di Kampus Kuantan.. Natijahnya berulang la aku ke Shah Alam untuk exam ni.


Monday, March 28, 2011

Mengharapkan yang terbaik

di saat ini.. kosong.. dimensi membukakan mata memekakkan telinga.. lalu diri menjadi hampa..
arghhh.. I hate this feeling.. As I heard from my wife last week.. "kita tak tahu lagi boleh bersalin normal atau tidak.. "

Harith Azhar lahir tidak cukup bulan.. setelah beberapa lama isteriku berjuang menjaga kandungannya dulu.. genap usia kandungan 30 minggu lahirlah Harith Azhar dengan pembedahan.. .. yg ku cari maksudnya sbg Yg Jelas... Yg Kuat .. smoga kekuatannya dapat meneruskan hidup.

Untuk anak ketiga.. saat ini doktor masih mencari lagi rekod lama. Aku dipahamkan.. terdapat dua lapisan pada rahim seorang ibu. Lapisan nipis tebentuk bilamana kandungan berusia 26 minggu. Sekiranya lapisan tebal di belah sewaktu melahirkan anak.. ini bererti anak seterusnya adalah juga melalui pembedahan. Minggu lepas dah pergi HTAA.. namun rekod belum dijumpai.

Kasihan sungguh bila isteri terpaksa di bedah. Parut lama masih jelas terlihat meski sudah hampir 6 tahun.. Oh! Tuhan.. permudahkanlah isteriku kali ini.

Monday, December 13, 2010

Apa sudah bersedia?

Dan bilamana meningkatnya usia anakandaku, maka tanggungjawap untuk menghantar beliau ke sekolah akan tiba. Meski kasihan melihat anakanda bakal dipaksa bangun awal nanti namun demi masa depan perancangan perlu dibuat.

Takkan nak biar tercicir bila menjengah ke alam persekolahan sebenar. Tatkala ada rakan sebaya beliau yg dah mampu membaca dan menulis, Harith seolah belum mahu mengerti untuk memahami apa itu belajar.

Namun di sebalik itu timbul satu persoalan terpancul dari mulut Harith... "Nanti Abang dapat markah kosong macam mana"
"Tak apa, nanti cikgu akan ajar.." jawap ibu mengharap anak mengerti.



Maka pada cuti sempena Maulidul Rasul aku bawa Harith ke Tadika Ikhtisas untuk pendaftaran. Guru yg ada menyuruh ke bilik sebelah untuk sesi ujian bagi memastikan tahap pemikiran anak aku... Duh.. aku tahu bagai mana.. Harith langsung tiada asas dalam belajar.. bukan tak cuba di ajar, tp akalnya untuk menidakkan sesi belajar selalu berjalan lancar. Harap tepatlah pilihan untuk hantar ke Tadika Ikhtisas.. Semoga dengan pengalaman mereka dapat membuka lembaran baru buat Harith Azhar. Untuk permulaan saja, yuran adalah melebihi bantuan RM500 yang belum dapat2 lagi.. (nanti gaji kami bayar ye cikgu) Buat Harith Azhar, Ayah dan Ibu mendoakan Abang menjadi org yg mudah dalam apa jua urusan..

Tuesday, December 07, 2010

Lagi lawatan ke Klinik Chan

Dulu dah pernah pergi tampal, tapai macam Doktor cakap.. tampalan tu sementara. Biasalah, budak-budak.. jgn ckp budak.. bapak budak pun masa tak sakit gigi.. rasa tak perlu nak ke klinik.

Sakit gigi menyerang lagi.. Harith menyalahkan kacang dalam aiskerim yg di makan.. aikerim tak sebabkan sakit gigi.. tak kesahlah.. asal dia nak ke klinik.

Tapi macam masa tampal juga.. Harith "steady aku" bak kata Epul dan Nizam di petik dari sumber lain, tak menangis. Cuma bila dah selesai.. aku nampak air mata dia meleleh.. nak menangis segan ngan doktor kot..





Saturday, December 04, 2010

Kebetulan atau di sengajakan

Akhir-akhir ni, aku dapat rasakan Harith memang minat ambik gambar. Bagi saja handphone aku kat dia, tau lah dia menggodeknya macam mana nak hasilkan gambar. Macam-macam gambar dia ambil. Dari gambar landscape hingga ke gambar aku tengah tidur.

Setiap kali keluar ambil gambar, dia akan minta handphone untuk dia ambil gambar. Pernah sekali merajuk sebab masa tu aku lupa nak charge bateri handphone. Masam je muka tak dapat nak berkarya.

Ni hasil pukulan Harith








Nampaknya kurang sorang model free aku.

Tuesday, May 04, 2010

ABaNG SaKiT GiGi

Abang sakit gigi..
Abang nak makan sakit..
Abang nak tidur.. tak lena..sakit gigi
Abang nak gi jumpa doktor gigi?
Abang jawap nak..
Abang2 hari tak makan.. sebab sakit gigi..

OK.. ayah bawak Abang pergi Klinik Chan..
Abang tak takut..
Abang tak nangis..
Abang tak bunyi suara takut atau sakit pun




Lepas operate.. Abang ajak pegi makan..
Abang lapo ni...
Abang cam biasa.. nasi putih ngan telur dadar je..
Malam tu l caepas makan...m biasa.. Abang ajak Ayah lawan..
Abang hebat.. Abang kuat..
Ayah bangga anak Ayah kuat macam Abang..
Kakak pun hebat.. cuma kadang2 Kakak perlu dorongan..
Kakak nangis sebab takut nak cabut gigi..
Kakak tak pernah nangis bila Ayah yg cabutkan gigi..

both of you.. Ayah sayang kamu berdua...
Lebih2 lagi yang melahirkan kamu berdua tu..

Template by:
Free Blog Templates