Showing posts with label wife. Show all posts
Showing posts with label wife. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Happy Birthday Afina Qaisara

Semalam genap setahun anakanda Afina Qaisara. Pejam celik dah setahun rupanya.. tak tahulah dia nak beradik dah ke belum.. harap dapar bersabar ye.. Sian kat ibu. Kalau satu hari nanti Afina dah besar.. tengoklah gambar ibu kat bawah ni. Saat melahirkan Afina dah makin hampir.. Ayah curi-curi je snap gambar Ibu ni.. tapi Ibu kuat.. walaupun sakit tak pernah cakap Ibu sakit. Ayah masuk dalam labour room teman Ibu, bagi semangat kat Ibu.. Ayah hampir menitiskan airmata waktu Ibu melahirkan.. Di saat ni pun waktu Ayah taip blog ni rasa nak meleleh air mata.. mesti Arwah Mak Ayah dulu waat nak melahirkan Ayah macam ni juga.. tapi wanita ni kuat.. Ayah belum tentu dapat menahan kesakitan macam ni...... Ayah kagum dan Ayah sayang ibu..



Bila Afina lahir.. Ayah rasa bersyukur sangat.. semua selamat.. Ayah De, Makde, dll ada sama kat lobi Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. menunggu dengan sabar dekat Lobi tu.. nak makan pun tak lalu selagi Afina tak selamat.






Sekarang Afina dah satu tahun.. Semalam Ayah hadiahkan Afina kereta sebuah sempena hari lahir.. Ayah Sayang Afina.. Ayah sayang juga anak-anak Ayah yang lain...


cak!!.. Selamat Hari Lahir...

Monday, March 28, 2011

Mengharapkan yang terbaik

di saat ini.. kosong.. dimensi membukakan mata memekakkan telinga.. lalu diri menjadi hampa..
arghhh.. I hate this feeling.. As I heard from my wife last week.. "kita tak tahu lagi boleh bersalin normal atau tidak.. "

Harith Azhar lahir tidak cukup bulan.. setelah beberapa lama isteriku berjuang menjaga kandungannya dulu.. genap usia kandungan 30 minggu lahirlah Harith Azhar dengan pembedahan.. .. yg ku cari maksudnya sbg Yg Jelas... Yg Kuat .. smoga kekuatannya dapat meneruskan hidup.

Untuk anak ketiga.. saat ini doktor masih mencari lagi rekod lama. Aku dipahamkan.. terdapat dua lapisan pada rahim seorang ibu. Lapisan nipis tebentuk bilamana kandungan berusia 26 minggu. Sekiranya lapisan tebal di belah sewaktu melahirkan anak.. ini bererti anak seterusnya adalah juga melalui pembedahan. Minggu lepas dah pergi HTAA.. namun rekod belum dijumpai.

Kasihan sungguh bila isteri terpaksa di bedah. Parut lama masih jelas terlihat meski sudah hampir 6 tahun.. Oh! Tuhan.. permudahkanlah isteriku kali ini.

Template by:
Free Blog Templates