
Semalam, sehari sebelum aku ke KL kena la check apa yang patut pada JADAM aku yang setia tu. Aku target ada dua perkara yang dah sekian lama aku beri perhatian. Penghawa dingin dengan batuk-batuk kecil bila JADAM bergerak. Disebabkan masa terhad, aku sempat servis air cond sahaja. Satu pengalaman yang biasa aku tengok sebelum ni. Tapi kali ni aku tengok dari mula lagi. Gambar kat atas menceritakan apa yang aku maksudkan. Yang di tengah (baju putih) ialah tuan punya kedai, baju hitam pula ialah anak dia (mungkin sulung) dan yang baju kuning ialah adik nya. Sepanjang aku berada di kedai tu, dapat aku perhati kan si anak sulung (dalam lingkungan 13 thn) membantu dalam perkara2 kecik seperti bukt skru. Si adik (darjah 2 mungkin) hanya perhati apa yang ayah dan abang dia buat. Inilah budaya kerja bangsa cina yang sekian lama mendominasi ekonomi negara. Penekanan aspek kemahiran dari kecil lagi. Teringat aku satu perbandingan antara melayu bangsa lain dulu. Sebenarnya bangsa kita bukan lemah. Lihatlah tahap kreativiti anak2 kita waktu dibangku sekolah. Anak2 kita sebenarnya bijak. Dek kerana berasa bijak, maka tak perlu lagi belajar. Rasa diri dah bagus sangat dah. Mudah berpuas hati dengan apa yang kita dapat. Beza dengan bangsa lain yang terus berusaha. Jangan lagi kita memandang rendah bangsa lain sbg bangsa asing. Takut nanti kita yang terasing di bumi sendiri.