Friday, August 29, 2008

..:: Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak ::..

Salam.. lama tak update.. Seminggu lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. bulan yang di janjikan seribu keberkatan oleh Allah swt. Bulan Ramadhan boleh kita katakan sebagai SALE dari Allah swt. Segala amalan kita akan digandakan pahala. Wow!! taknak ke. Dalam bulan Ramadhan ni sahaja ada Solat Tarawikh. Bulan lain tak ada. Selalunya dalam Ramadhan ni lah masjid-masjid seluruh negara akan penuh.. tapi selalunya di awalnya.. di pertengahan orang dah cari SALE lain plak.. sale nak beli baju raya.

Apa itu puasa..
Puasa ialah menahan diri dari makan, minum, atau perkara yang membatalkannya dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.. dengan niat. Ya.. dengan niat.. pernah juga dengar orang cakap.. dia tak puasa sebab lupa nak niat. Niat ialah sesuatu yang terbit dari hati kita.. ia tak perlu di lafazkan.. atau di perdengarkan kepada orang lain. Jadi kalau kita dah niat nak puasa esok.. maknanya kita sudah pun berniat. Ingat.. "Setiap amalan kita bermula dengan niat".
Orang bukan Islam juga berpuasa.. tujuan yang sama.. untuk mendekatkan diri kepada Tuhan. Cuma caranya berbeza.

Kewajipan Berpuasa
Firman Allah
" Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.." (Surah Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa dibulan Ramadhan.

1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka

Fadhilat yang lain-lain

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga ke petang.

Puasa juga sering dikaitkan dengan kesihatan. Sebelum nak lakukan pembedahan .. kita akan disuruh oleh doktor untuk berpuasa. Selain itu.. bulan Ramadhan ni juga orang akan ambil kesempatan untuk menguruskan badan.. hehehe aku guane? Puasa tu puasa juga.. tapi bab buka puasa.. tak hengat.. harap tahun ni aku bleh lawan godaan nafsu aku.

Aku mengambil kesempatan ni.. nak ucapkan Selamat hari Raya.. ops.. Selamat Berpuasa kepada semua rakan-rakan yang melawat blog aku ni.. Semoga Ramadhan tahun ni.. akan lebih baik dari Ramadhan yang sebelum ni. Semoga menjadi Ramadhan yang terbaik buat kita.. sebab kita tak tahu.. adakah kita akan berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan.

Wassalam

Template by:
Free Blog Templates