





Satu lagi keluaran Proton bagi menempa nama di persada antarabangsa. Proton Exora nama diberi. Dengan enjin 1.6 CamPro CPS 4 kelajuan automatik... terdapat dua pilihan (buat masa ini) Medium-Line RM69,998 (OTR) dan High-Line RM75,998 (OTR)
Dengan 2 airbag.. Proton Exora terdapat dalam enam warna .. Pyrite Brown, Gaia Blue, Genetic Silver, Tranquillity Black, Blue Haze dan Solid White.... sedap sebut dalam Bahasa Ingeeris kan.. :D
Dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 15 April 2009, Proton Exora merupakan MPV pertama keluaran Malaysia. Adakah ini model MPV mampu milik yang ditunggu rakyat Malaysia selama ini. Aku sedikit teruja melihat rupa bentuk Proton Exora ni.. cuma sedikit terkilan bila tengok enjin 1.6 sahaja. Nampak macam cc kecik je nak tarik body besar. Tapi apa pun kita tunggu pemilik Proton Exora buat review pada masa-masa akan datang. Takkanlah orang Proton tak buat kajian sebelum luluskan Proton Exora ni kan.
Aku... tak sabar nak tengok Proton Exora beraksi di jalanraya...
download brosure
official website
lagi gambar
Aku... tak sabar nak tengok Proton Exora beraksi di jalanraya...
download brosure
official website
lagi gambar