Monday, August 30, 2010

Shoot bunga dengan kit-lense

Salam..

Agak mencabar bila nak shoot gambar bunga dengan kit lense sahaja. Tapi berkat pembacaan di internet.. dapat lah serba sedikit aku shoot


Walaupun tak berapa puas hati dengan gambar ni.. tp aku up juga la untuk dikongsi

Background
untuk ambik gambar bunga.. sebaiknya background adalah hijau. Ini kerana hijau sebagai background adalah lembut dan sedap mata memandang..

Bokeh
dengan memberi penekanan kepada subjek di hadapan dan mem"bokeh"kan background di belakang kita dapat menonjolkan subjek utama dalam gambar di atas. Bagi mendapatkan gambar seperti di atas, subjek dengan background hendaklah dijauhkan. Focus hendaklah pada subjek.

Waktu
Sebaiknya waktu untuk mengambil gambar2 bunga adalah diwaktu pagi. Ini adalah kerana di waktu ini bunga dan daun2 masih dalam keadaan segar. Ditambah dengan adanya embun pada bunga/daun.




* aku bukanlah fotografer.. hanya berkongsi dengan apa yang aku pernah belajar...

Bedua lebih baik

Berdua lebih baik dari seorang.. bertiga lebih baik. Pabila punya rakan yang punya minat yang sama, akan timbul idea yang baik dalam pemikiran. Apa yang terfikir untuk dilakukan, tertangguh kerana tiada teman, kini dapat dilakukan dek adanya teman yang sealiran.

Aku kini punya teman dalam memotret gambar (sebelum ni pun ada juga, cuma masa menghadkan untuk aku turut serta) terima kasih buat Mohd Nizam dan Salehuddin yg dah mula berjinak2 dengan fotografi... lepas raya nanti.. banyak tempat kita boleh outing sama2.. cuma aku akan sibuk sikit.. tatkala di penhujung semester.. dengan final exam yang makin hampir.. dengan assigment yang semakin menghampiri due date

gambar waktu sama2 belajar "membunge"

Monday, August 02, 2010

Hujung Minggu yang lalu..

Apa dirancang tidak semesti menjadi kenyataan.. Minggu lepas.. mengikut perancangan.. adalah minggu berseronok bersama keluarga.. Jumaat malam nak ber BBQ bersama keluarga di Pekan.. Sabtu petang.. nak ber Bowling bersama keluarga OCD/Library/CELPAD di Megalanes.. Ahad.. nak ke New Zealand.. (FELDA) melawat Mak Ngah yg uzur benar.. sambil ke rumah Ngah di Kg Berkat tapi apakan daya.. yg kita rancang.. tak semesti berakhir dengan kenyataan..

Bermula dengan panggilan telefon pada petang Jumaat... Mak Ngah dah meninggal... sewaktu bersiap2 nak ke Pekan.. BBQ? batal la.. jom siap2 ke Maran.. eh.. tak kot.. pergi pagi2 esok.. malam balik Pekan dulu.. ok..

Pagi Sabtu.. nak pegi.. alamak.. tgk ada lak kebocoran kat paip air Serena.. ermm. tak pe.. balik tukar MyVi la.. tp tak sempat.. overheating kat Jambatan Bukit Rangin.. tepon nizam.. tak jawap.. tingat ke Farah Finance.. umah dia dekat je.. minta tolong dtg bawak air sikit.. TQ Farah.. mengganggu hujung minggu anda.. Dah ok air.. tak bleh start plak.. mujur Farah ada.. minta tolong hantar ke rumah.. Ros ke New Zealand.. aku tunggu Serena.. setelkan ngan pomen2.. Dalam kete.. Farah ckp.. tau tak.. ayah En Joey meninggal malam tadi.. pas tu.. AGAR call.. bleh tak batalkan bowling.. ok.. boleh.. setel.. tp makan dah order.. kena ambik jugak.. tak pe.. Nizam setelkan makanan.. tak tau la apa jadi.. kenduri sandwish kot.. huuhuh

Dalam pada tu.. AGAR call.. ajak gi N9.. menziarah keluarga En Joey.. ermm.. ok la. maka aku ke N9.. balik dari N9.. bergegas ke Kg Soi plak.. sepupu ada wat doa selamat.. aqiqah anak nya.. .. Ahad.. gi Sg Isap.. tgk anak teruna Paeh.. jadi aboh dah dia..

2 kematian.. 2 kelahiran.. yg hidup tak kekal.. dunia ini hanya sementara.. kita semua pasti mati.. hanya masa belum tahu.. namun mati itu pasti..

Template by:
Free Blog Templates