Monday, March 14, 2011

Malaysia Boleh!! Tahniah Datuk Lee Chong Wei


Tiada apa yang mustahil... ini yang telah dibuktikan Datul Lee Chong Wei apabila menjinakkan Lin Dan pada Perlawanan Akhir Kejohanan Badminton All England 2011. Lin Dan dilihat serba tidak menjadi tatkala Chong Wei dilihat tangkas menahan asakan Lin Dan.

Lee Chong Wei berjaya mengatasi Lin Dan dengan straight set 21-17 21-17 bagi mempertahankan kejuaraan miliknya tahun lepas. Namun kali ini lebih manis bila berjaya menewaskan lawan yang jarang sekali dapat beliau tundukkan di mana-mana kejohanan.

Kejohanan All England 2011 akan lebih manis buat peminat badminton Malaysia sekiranya terlebih dahulu Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong berjaya menundukkan pasang Denmark Boe dan Mogensen namun semangat kental pasangan Denmark meski ketinggalan 11-16 pada set penentuan mampu menidakkan pasangan Malaysia untuk merangkul kejuaraan berganda. Pasangan Denmark menang 15-21 21-18 21-18 untuk merangkul kejuaraan All England.

Cuti Sekolah Datang Lagi


Salam Semua..

C uti sekolah tiba lagi. Buat pertama kali Harith ku pujuk tinggal dengan Tok Bah dan Tok Wan dia di Pekan. Sengaja kukumpulkan dia dengan Farah dan sepupunya yang lain. Kalau sebelum ni cukup liat Harith nak bertiduran di Pekan tanpa Ayah atau Ibu kali ni lain sekali.. Entah berapa kali semalam dok tanya Ibu bila nak pergi rumah Tok Wan....Di minggu terakhir sekolah sebelum cuti asyik mengira hari bila nak ke rumah Tok Wan.

Kakak jangan cakap la.. memang excited sangat nak balik sana.. ditambah pula dengan hari jadinya yg ke 10 pada cuti sekolah.... "Ayah... jangan lupa tinggal duit tau.. nak buat Harijadi..."

Wah.. anak 2-2 ke rumah Tok Wan & Tok Bah.. tinggal berdua.. honey moon la.. malam ni plan nak menonton Hikayat Merong Mahawangsa.. anyone nak join hengaut ramai2.. jom la...

Template by:
Free Blog Templates