Friday, September 13, 2013

Pre TCR 2013

Minggu ni akan ke Terengganu Century Ride 2013 (TCR2013) Century Ride ni ialah kayuhan sejauh 100 batu atau 160 kilometer jaraknya. Bagi pengayuh-pengayuh basikal amatur .. century ride adalah satu kepuasan bila berjaya di habiskan.. InsyaAllah aku akan join event ni pada 15 September 2013. Kayuhan sejauh 160km ni perlu di habiskan dalam masa 8 jam maksimum. (Doakan aku berjaya)

Sebagai persediaan ke TCR13 ni.. selain kayuhan malam dari Sepakat ke Ubai.. Minggu lepas (7 September2013) bersama2 dengan rakan2 Geng Sepada Malaysia, kami buat kayuhan ke Nenasi sejauh 170km (Tmn Sepakat- Nenasi - Tmn Sepakat) bagi menguji ketahanan. Seramai 7 orang pengayuh dengan seorang support crew. Doktor Jamal cakap.. kalau lepas Nenasi ni.. TCR insyaAllah boleh buat punya.

Dalam masa seminggu lepas.. macam2 jenis rama2 ada dalam perut aku.. memang berdebar. Tak pernah lagi kayuh melebihi 50km. Kami mulakan perjalanan pada pukul 7 pagi di Taman Sepakat.. Hujan renyai mengiringi kali sepanjang perjalanan. Pit stop pertama adalah kedai makan di Pekan. Namun sebelum sampai Pekan.. masa dekat Jambatan Pekan tu.. basikal aku pancit.. dah la hujan.. pancit.. adoyai.. tq Padli sebab tolong tukarkan tiub basikal.. cepat dia buat.. kalau aku sorang2 agak terkial2 rasanya.. Sampai Pekan, makan nasi lemak sebungkus dengan milo suam.. ada lebih nasi lemak satu.. segan nak makan.. tengok je.. sebenarnya aku risau nakmakan lagi satu tu sebab biasa kalau makan musti lepas tu perut memulas..

Lagi 25km nak sampai Nenasi, Dr Jamal ajak berenti sebab tengok aku slow sikit kat belakang kepenatan.. Makan pisang + air 100 plus.. konon bagi power sikit. Masalah bila nak gerak.. cleat aku tak masuk pedal.. pelan2 orang lain dah jauh tinggalkan aku.. mujur Dr Jamal tunggu aku .. tarik sampai nenasi.. kalau tak sorang2 la aku kayuh masa tu..

Sampai di Nenasi.. macam tak percaya dah berjaya 85km masa tu.. memang itulah kayuhan paling jauh setakat ni.. Pastu memikirkan pulak.. macam mana nak abiskan lagi 85km untuk balik.. Sepanjang perjalanan pulang banyak kali jugalah keciciran di belakang. namun rakan2 terutama Dr Jamal saling memberikan semangat untuk aku terus berjuang.. 

Aku dengan TK Rompin sampai di Kuantan lebih kurang pukul 3 petang. Alhamdulillah semuanya ok. Aku berjaya menghabiskan 170km dalam masa 8 jam. Dr Jamal cakap.. "dalam berkayuh ni.. bila dah melepasi 160km kira dah akhil baligh dah.."  wow..

 Dr Jamal briefing peserta pre-TCR



 masa ni air tak berapa nak luak

 
 Kami di Nenasi.. ingatkan ada makan nasi..hak hak



We made it.. jumpa di Terengganu 15 September ni deh..  

gambar2 semua dari FB GSM. Foto oleh firdaus dari kamera Dr Jamal

1 comment:

lieza said...

woaaaa... rajin2 la update.. kakakakakka

Template by:
Free Blog Templates