Monday, December 13, 2010

Apa sudah bersedia?

Dan bilamana meningkatnya usia anakandaku, maka tanggungjawap untuk menghantar beliau ke sekolah akan tiba. Meski kasihan melihat anakanda bakal dipaksa bangun awal nanti namun demi masa depan perancangan perlu dibuat.

Takkan nak biar tercicir bila menjengah ke alam persekolahan sebenar. Tatkala ada rakan sebaya beliau yg dah mampu membaca dan menulis, Harith seolah belum mahu mengerti untuk memahami apa itu belajar.

Namun di sebalik itu timbul satu persoalan terpancul dari mulut Harith... "Nanti Abang dapat markah kosong macam mana"
"Tak apa, nanti cikgu akan ajar.." jawap ibu mengharap anak mengerti.



Maka pada cuti sempena Maulidul Rasul aku bawa Harith ke Tadika Ikhtisas untuk pendaftaran. Guru yg ada menyuruh ke bilik sebelah untuk sesi ujian bagi memastikan tahap pemikiran anak aku... Duh.. aku tahu bagai mana.. Harith langsung tiada asas dalam belajar.. bukan tak cuba di ajar, tp akalnya untuk menidakkan sesi belajar selalu berjalan lancar. Harap tepatlah pilihan untuk hantar ke Tadika Ikhtisas.. Semoga dengan pengalaman mereka dapat membuka lembaran baru buat Harith Azhar. Untuk permulaan saja, yuran adalah melebihi bantuan RM500 yang belum dapat2 lagi.. (nanti gaji kami bayar ye cikgu) Buat Harith Azhar, Ayah dan Ibu mendoakan Abang menjadi org yg mudah dalam apa jua urusan..

4 comments:

Lieza said...

semoga Harith cepat belajar, jadi anak yang rajin, bersungguh..dan bijak pandai

asamkeping said...

Cepat sungguh masa berlalu..semoga hajat ibu bapa dan anak tercapai.

Aku membebel said...

xsangka abg da nak sekolah..

namzahs said...

semakin hari semakin harith seolah bersedia nak menjalani rutin kehidupan baru

Template by:
Free Blog Templates