Thursday, July 03, 2008

IEEP 2008

Macam tahun-tahun lepas. Aku akan join 2 IEEP. Library sekali lagi tahun ni join IEEP bersama dengan OCD, Development serta Celpad. Tahun ni kami pergi ke Pulau Langkawi. Ini adalah kali ke dua aku pergi ke Pulau Langkawi. Pulau Langkawi selalu dikaitkan dengan lagenda Mahsuri serta syurga membeli belah. Pulau Langkawi adalah pulau bebas cukai. Biasanya orang yang pergi kesana akan cari pinggan-mangkuk, coklat, kain batik, ubat-ubatan berasaskan gamat dan lain-lain lagi.


Dalam feri



Di ketinggian 710 meter dari paras laut



Baru turun dari Cable Car


Kami sekali lagi berkesempatan melawat tempat-tempat seperti Makam Mahsuri, Pekan Kuah, Idaman Suri, Cable Car dan lain-lain.

Gambar ada aku upload di Multiply.


Wolcome to kapas Island



Bagi IEEP Kulliyyah of Pharmacy pula, mereka memilih untuk ke Pulau Kapas. Tahun lepas destinasinya ialah Pulau Redang. Tak banyak bezanya sebab aktiviti utama kalau ke pulau ni ialah snorkeling. Di Pulau kapas pula, pengunjung juga berpeluang untuk mencandat sotong. Mulanya aku nak join mencandat sotong. Tapi sebab peralatan aku tak bawa jadi aku batalkan saja niatku itu. Lebih baik lepak ngan family dalam chalet.

Aktiviti snorkeling tak menarik sangat waktu aku mengunjung ke Pulau Kapas ni. Mungkin sebab cuma di kawasan persisiran pulau tu sahaja dan juga kebetulan masa tu ada terdapat banyak obor-obor.



Aaaa tu nampak obor-obor banyak tu


Oh! ya.. nak juga kongsi pengalaman waktu mula-mula sampai di jeti Kapas Island tu. Waktu sibuk-sibuk memunggah barang dari bot tu, aku terperasan seorang jejaka yang kukira satu Malaysia mengenalinya. Wow!! Mawi ada kat sini.. bersama siapa. Siapa lagi kalau bukan Ikin serta beberapa orang lagi.. mungkin pengurus atau kenalannya. Aku pun apa lagi.. belum pernah sebelum ni bergambar dengan artis. kali ni berjumpa dengan artis paling popular di Malaysia ni. Di sebabkan Mawi dah nak cepat hari tu maka dapatlah bergambar sekeping je.... Malangnya.. Farah terdelete plak gambar tu.. so tak de bukti la. hahahaha.. atau mungkin khayalan aku je.

Keindahan Pulau Kapas



Gambar masa kat Pulau Kapas nanti kemudian aku update kan.

Temuduga

Semalam (2/7/2008) ambik cuti untuk menghadiri temuduga Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang. Lepas hantar Farah ke sekolah aku terus naik motor ke IKIP 3 di Kubang Buaya tempat temuduga tu. Mula sampai ingat tak ramai orang sebab aku nampak dalam 9 hingga 10 orang je. Tapi aku tersilap sebab ramai lagi yang dah masuk bilik menunggu.

Bila melangkah je masuk kedalam bilik menunggu. Aku rasa sesuatu yang pelik. Terasa terasingnya aku kat dalam bilik tu. Bukan sebab aku sorang je lelaki. Tapi pelik sebab aku nampak aku sorang je yang pakai t-shirt dalam tu. Orang lain siap pakai baju lengan panjang beserta tali leher plak. Tengok punya tengok ada lah dalam 3 orang termasuk aku yang pakai t-shirt.

Tambah lagi rasa lain macam bila dengan orang belakang aku siap nak menghafal nama Adun dan ahli parlimen bagi kawasan tertentu. Aku punya preparation macam mana.. takkan setakat t-shirt je. Dalam pada tu aku buat keputusan untuk balik ke rumah bagi menukar pakaian. Ah.! biarlah lambat sikit nama aku.. asalkan temuduga berjaya.

Rupanya aku selama ni tak tahu atau mungkin tak ambil tahu. Untuk pergi temuduga dengan kerajaan, bagi lelaki seeloknya pakai seluar slack dengan kemeja lengan panjang. Warna sebolehnya satu warna sahaja.. bukan baju berkotak mahupun berjalur. Satu informasi yang amat berguna bagi aku. Akan ku sampaikan kepada kawan-kawan. Lebih baik kalau ada tali leher dan juga tanda nama.

Teringat aku masa aku interview untuk jawatan kerani akaun di Kuala Lumpur masa lepas sekolah dulu.

Penemuduga "Do you have any experience with account?"
Aku "Errrr... errr.. yes....."
Penemuduga "Sorry.???"
Aku "Ermmm.. I have BSN and Maybank acount"

Aku rasa.. lepas je aku balik masa tu.. berderailah dia punya gelak...

Habis temuduga aku balik rumah. Kemudian ajak wife aku yang juga ambil cuti untuk menonton wayang. Dah lama tak tengok wayang bersama. Habis wayang kami main boling. Malangnya dapat main 1 game sahaja sebab lane fully booked untuk budak-budak sekolah training.

IIUM Inter Department Staff Games 2008

IIUM Kuantan Team


Tahun ni aku wakil Kuantan Campus untuk 2 acara iaitu Tarik Tali dengan Tenpin Bowling. Dua-dua event ni aku dapat emas untuk acara berpasukan. Selain dari tu aku juga pergi sebagai pengurus untuk Olahraga. Tiga pingat emas di sumbangkan dari Olahraga.


Menang acara bowling berpasukan lelaki buat pertama kali untuk pasukan Kuantan. Ada orang cakap mungkin kerana pihak lawan tak berapa menjadi hari tu. Tapi bagi aku, kami semua bermain dengan penuh semangat terutama last game. Sorakan dari kami juga dari pasukan lane sebelah menceriakan suasana lantas menyemarakkan semangat kami.

Juara acara berpasukan lelaki


Semoga tahun depan aku dapat turut serta untuk mendapatkan pingat emas lagi.

Separa Dua Ribu Lapan

Salam. Kini kita sudah melepasi separuh dari tahun 2008. banyak juga peristiwa yang berlaku di awal tahun 2008 ini. Bermula dengan Kereta aku kemalangan . Rentetan dari itu kereta aku masuk bengkel sampai lebih dari 4 bulan. Nasib baik abang ada kereta lebih. Boleh gak aku pinjam.


Tahun ni juga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi mengumumkan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum ke 12 boleh di lakukan pada 8 Mac 2008. Agak memeranjatkan bilamana Barisan Nasional bukan hanya tidak dapat menawan Kelantan bahkan kehilangan 4 lagi negeri untuk di pimpin oleh parti pembangkang.

Masalah pula timbul bilamana terdapat percanggahan pendapat antara pembangkang yang membentuk Pakatan Rakyat. Bagi aku, tak kira siapa yang memerintah semoga telus dalam segala hal.

Saturday, June 28, 2008

Patin


Test post dari handphone. Ikan patin yg bakal di gulai tempoyakkan. Nyam nyam nyam.. Sungguh menyelerakan

Tuesday, March 25, 2008

Happy Birthday Kakak

Minggu lepas Kakak genap umurnya tujuh tahun. Tak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana Kakak belum ramai kawan lagi. Tahun ni ramai juga kawan-kawan sekolahnya yang datang. Penuh jugalah rumah kami yang kecil tu bila ramai tetamu Kakak datang untuk sama-sama meraikan Majlis Ulangtahun Kelahirannya yang ke 7.

Kalau sebelum ni tak perlu buat kad jemputan, tahun ni kena buat sebab Kakak minta tolong buatkan. Aku pun buat jelah kad jemputan. Tu pun last minute.

Tahun ni hari jadi kakak (17/3/2008) jatuh pada hari Isnin. Hari Sabtu dan Ahad sebelumnya aku berada di KL/Shah Alam. Ada kelas. Kebetulan juga Mak Tam ada kat Hospital UKM di Cheras. Jadi tak sempatlah nak buat majlis pada hari Isnin tu. Lagipun Kakak cakap nak ajak kawan-kawan sekolah dia.

Pikir punya pikir.. kami setuju nak wat majlis kecil-kecilan pada hari Khamis (Cuti Umum sempena Maulidul Rasul) Ramailah kawan-kawan Kakak yang datang. Adik pun sama sibuk juga melayan tetamu. Tahun ni Kakak dan genap 7 tahun. Kakak matang seiring dengan usianya. Cuma kadang-kadang tu kuat merajuk. Dan yang membanggakan. Bila keputusan ujiannya dapat. Kakak dapat 6A dan 1C. C tu lukisan.. hahahaha dah ayah ngan ibu dia pun tak de ciri-ciri pandai dalam lukisan. TAHNIAH Kakak!!

Untuk Kakak.. Selamat Menyambut Ulang Tahun yang ke 7. Untuk Ibu.. terima kasih atas pengorbanan bagi melahirkan anakmu itu.








link ke photo

Saturday, February 23, 2008

Sejarah Solat 5 Waktu


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

copy and paste dari http://www.darulnuman.com

Template by:
Free Blog Templates