Monday, July 14, 2008

Berhati-hati di jalan raya

Berhati-hati di jalan raya. Kita sering mendengar baris ayat-ayat ni. Selalu keluar dari TV kan. Amaran oleh pihak kerajaan. Tapi berkesankah kalau hanya pihak kerajaan sahaja yang memberi amaran. Apakah peranan kita sebagai pengguna jalanraya.

Bukan hanya pemandu. Pejalan kaki juga perlu berhati-hati dengan jalanraya. Ramai orang malas menggunakan jejantas untuk melintas jalan. Lama menunggu lampu isyarat untuk melintas. PADAH andai tidak mengikut langkah keselamatan. Untuk apa kemudahan kalau tak digunakan. Berapa banyak kes kemalangan maut di lintasan keretapi. Bukan tiada amaran. Tapi DEGIL..

Keretapi.. tiada di Kuantan. Tapi lori ada. Tadi dalam belek-belek email lama. Satu e-mail menarik perhatianku untuk dikongsi. Gambar kemalangan maut di jalan Mahkota Kuantan. Kalau tak silap.. berhampiran dengan banggunan UMNO Kuantan. Tragedi berlaku tahun 2007. Semoga gambar ni akan memberi kesedaran kepada kita. Kita tidak lagi di zaman dimana kenderaan yang menggunakan jalanraya boleh dikira dengan jari. Kenderaan sekarang bertali arus. Semakin hari semakin ramai pengguna jalanraya. Berhati-hati melintas jalan. jangan berhenti di atas garisan putih menunggu kenderaan berlalu. Gunakanlah kemudahan yang ada. Lintaslah di tempat yang selamat.



GAMBAR-GAMBAR TERPAKSA DI DELETE.... RAMAI YANG MENJERIT BILA TENGOK




Bukan niat nak menakutkan. Tapi sebagai peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan. Sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian tiada berguna. Tempat kejadian tu berhampiran sahaja dengan lintasan pejalan kaki. (berhampiran pejabat pos)

Friday, July 11, 2008

Mengantuk.. Layan Kopi Dangdut jap...

Fahmi Shahab ~ Kopi Dangdut

Kala kupandang kerlip bintang nun jauh disana
Saat kudenger melodi cinta yang menggema
Terasa kembali gelora jiwa mudaku
Karna tersentuh alunan lagu semerdu kopi dangdut

Api asmara yang dahulu pernah membara
Semakin hangat bagai ciuman yang pertama
Detak jantungku seakan ikut irama
karna terlena oleh pesona alunan kopi dangdut

Irama kopi dangdut yang ceria
Menyengat hati menjadi gairah
membuat aku lupa akan cintaku yang telah lalu

Api asmara yang dahulu pernah membara
Semakin hangat bagai ciuman yang pertama
Detak jantungku seakan ikut irama
Karna terlena oleh pesona alunan kopi dangdut

Dag dig dug detak jantungku
Ser ser ser bunyi darahku

Na na na
Mengapa kamu datang lagi menggodaku
Dulu hatiku membeku
Bagaikan segumpal salju

Ku tak mau peduli
biar hitam biar putih
Melangkah berhati hati
Asal jangan nyebur ke kali

Bowling lagi..

Mewujudkan impian menjadi kenyataan. Bagaimana untuk jadi kenyataan? Perlu ada usaha bagi merialisasikan impian kita. Usaha.. berusaha. Ilmu.. harus di cari. Bukan ilmu mencari sang pencari ilmu itu. Lantaran itu.. bagi merialisasikan impian untuk memajukan diri kugagahi diri menuntut ilmu pada yang ahli. Dengan ilmu... amalkan.. practice makes perfect.

Malam tadi pergi berguru dengan En. Rafi kat Megalanes Kuantan. Bukan tak boleh main selama ni. Cuma nak cari kesinambungan dalam setiap game. Konsisten yang di cari. Bukan mencari damai di hati. Kusut..? Mula-mula memang kusut.. mana nak ingat board.. arrow.. step.. deliver.. swing.. arghhh!!! macam-macam. Selama ini ingat main betul dah. Bila pergi kepada yang ahli.. banyak lagi yang perlu diperbetulkan.




Pin 6, 10 InsyaAllah dah boleh sekarang ni. Perlu lebih usaha untuk pin 4 dan 7. Berapa lama untuk memahirkan diri? Entah.. tunggu dan lihat. Charge berguru malam tadi?.. entah.. En. Rafi cakap.. "nanti-nantilah kira.. pergi bayar lane je dulu". Gurlpp!! jangan terlebih budget dah la.. tak damai hati nanti.

Thursday, July 10, 2008

Bank

Bank merupakan sebuah tempat di mana wang dapat disimpan dan dipinjamkan. Di zaman moden, bank bererti suatu institusi kewangan yang menawarkan khidmat perbankan dan mempunyai lesen untuk berbuat demikian.

Kata bank berasal dari bahasa Itali, banca, yang diambil dari bahasa Jerman dan bermakna bangku. Ini adalah kerana pada awalnya, peminjam wang di utara Itali biasanya memberikan khidmat di tempat awam, dan mempunyai kerusi dan meja sendiri. Kata bankrap (bankrupt) pula berasal dari banca rotta, yang bermakna bangku pecah.

Biasanya bank menghasilkan untung dari bayaran pinjaman atas khidmat yang diberikan dan faedah dari pinjaman. Penyimpan juga bakal memperoleh keuntungan atas faedah yang diberikan oleh pihak bank.

Dengan aplikasi online, penguna boleh melakukan transaksi di mana-mana cawangan bank. Kini dunia teknologi bertambah pesat. Kita boleh mengakses akaun bank dari mana-mana komputer yang mempunyai sambungan internet. Telefon bimbit juga kini boleh kita gunakan bagi tujuan tersebut. Risiko..? wah.. sememangnya ada. Takut diakses oleh pihak ketiga.

Selain dari itu dengan kemudahan perbankan online, kita sekarang boleh membayar bil utiliti. Nah.. tidak perlu lagi ke pejabat pos untuk membayar bil. Kan jimat petrol tu. Di zaman ini tiada lagi simpanan di bawah bantal. Kalau pun simpan juga bawah bantal.. suami atau isteri sendiri yang kebas.

Pihak bank berlumba-lumba menarik hati pelanggan. Dengan kemudahan pinjaman, khidmat pelanggan yang cemerlang mahupun kemudahan prasarana. Di bawah ialah salah satu keunikan bank yang jarang di lihat.



Bank condong pertama yang masih beroperasi

Wednesday, July 09, 2008

Bila Nak Dapat Macam NI

Kekuatan atau kelebihan seseorang dalam permainan bowling.. bukan hanya terletak kepada berapa kali dia boleh strike. Tetapi ialah kebolehan seseorang tu untuk spare. Aku masih lagi belajar.. bagai mana untuk menjadikan permainan aku bertambah baik.

Bagaimana untuk mengelakkan open frame. Dengan spare (tanpa open frame) membolehkan seseorang itu memperolehi mata lebih kurang 180. Banyak lagi yang perlu aku belajar. Semakin aku belajar.. semakin banyak yang aku tak tahu. Orang kata itulah lumrah orang yang belajar.


Mungkinkah aku boleh main macam ni nanti...

Mungkin aku perlu mencari seorang yang boleh mengajar aku secara terus. Sekarang ni banyak bergantung kepada internet sahaja. Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.




Penangan BloG

Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@nstp.com.my




MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu.

Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui.

Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.

Blog media baru berpengaruh

KIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh membaca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini.

Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik.

Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger.

Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik.

Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998.

Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog.

Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun.

Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar.

Bluehikari atau nama sebenarnya, Ludinata Misnun, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan.

Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri.

Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis.

Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web.

Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya.

Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka.

Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya.

Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan.

Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah.

Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang.

Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing.

Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog.

“Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,” katanya.

Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai.

Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog.

Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri

LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan.

Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin.

Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku.

Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, ada anggapan bahawa harga rumah melambung naik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.

Katanya, anggapan itu berlegar dalam dunia blog dan maklumat itu tidak diketahui ketepatan serta kesahihannya.

“Tiada siapa tahu perkara ini, tetapi anggapan ini wujud di kalangan masyarakat negeri berkenaan. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar,” katanya.

Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua.

Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka.

Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan.

Di negara ini, tiada undang-undang secara khusus boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap blogger dan blog. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng.

Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan.

Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka.

Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama.

Bagaimanapun, undang-undang bukan jawapan terhadap persoalan ini. Menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara juga bukan penyelesaian terbaik.

Harus ada kerelaan daripada blogger untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan kod etika yang boleh diguna pakai di Malaysia. Lebih baik sikap kawal selia kendiri wujud di kalangan blogger berbanding pihak lain yang memaksanya.

Rakyat Malaysia belanja RM8.59j hisap 33 juta batang rokok sehari

KOTA BHARU: Kejayaan syarikat tembakau melaksanakan pelbagai taktik bagi mempromosikan rokok keluaran mereka menyebabkan kadar perokok di negara ini semakin meningkat.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Lila P Mohamed Meeran, berkata hasil kejayaan itu, didapati rakyat negara ini menghisap 33 juta batang rokok sehari dengan membabitkan perbelanjaan sebanyak RM8.59 juta.

Katanya, data yang diperoleh dari kajian yang dijalankan Kementerian Kesihatan pada 2006 itu juga mendapati seramai 461,624 remaja berusia antara 13 hingga 17 tahun pernah merokok.


"Daripada jumlah itu, 422,710 orang membabitkan lelaki manakala 45,807 orang adalah perempuan dan mereka berbelanja kira-kira RM272,132 sehari untuk membeli rokok.


"Manakala lebih 2 juta golongan dewasa di negara ini terbabit dalam kegiatan menghisap rokok," katanya.

Beliau berucap dalam majlis perasmian Hari Tanpa Tembakau 2008 peringkat negeri Kelantan, di sini, semalam.

Dr Lila berkata, menjelang akhir tahun ini, rakyat Malaysia akan mendapati kotak dan bungkusan rokok yang dibeli dilengkapi dengan amaran bergambar pada rak jualan rokok di seluruh negara.

Katanya, amaran ini akan menjelaskan kepada pengguna mengenai kesan sebenar penggunaan rokok terhadap kesihatan dengan risikonya akan ditanggung sendiri oleh perokok.

"Amaran itu sebagai menepati komitmen negara terhadap perjanjian global yang mewajibkan semua kotak dan bungkusan rokok untuk pasaran tempatan mempamerkan amaran kesihatan bergambar," katanya.

Beliau berkata, banyak kejayaan sudah dicapai kerajaan dalam usaha membanteras gejala merokok melalui pelaksanaan pelbagai program termasuk promosi serta kempen.

"Keadaan masih membimbangkan dan Kementerian Kesihatan tetap berusaha memerangi ancaman tembakau bagi mengurangkan jumlah perokok di negara ini," katanya.


berita harian online (9/7/2008)

Template by:
Free Blog Templates