Lepas bergelut dengan MID Term exam kelmarin.. sementara nak tunggu kelas petang aku pergi Library INTEC yang baru di buka dalam tahun ni juga la. Teruja aku dengan apa yang ada kat dalam tu. Berbanding dengan IIUM Library, konsep yang aku rasakan santai kat library bakal menggamit minat pelajar untuk masuk.
Cuma aku tak berkenan tang tangga kat library tu. Aku rasa patut diletakkan carpet. Walaupun karpet dikatakan bakal mempercepatkan proses pengotoran, aku rasa karpet dapat menyerap kesan bunyi dari hentakan kaki terutama wanita yang rata-rata berkasut tumit tinggi. Bubuh la karpet yang gelap sikit kaler nye kan.

