Saturday, October 11, 2008

Shah Rukh Khan terima darjah Melaka bawa gelaran Datuk

Harian Metro Online (11/10/2008)

Oleh Amirullah Andi Nur
MELAKA: Artis Bollywood, Shah Rukh Khan, menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, berkata penganugerahan itu sebagai menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia.

"Bagaimanapun tarikh majlis penyampaian anugerah itu belum ditentukan lagi," katanya pada sidang media di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini, semalam.

Selain Shah Rukh Khan, tiga artis veteran tanah air pula menerima Darjah Seri Melaka (DSM). Mereka ialah Goh Eng Boon atau lebih dikenali Henry Goh; Jantan Osman atau lebih popular dengan panggilan Ali Mamak dan penyanyi keroncong, Mariam Ahmad.

Saadon turut mengesahkan tiada pemimpin dan ahli Umno disenaraikan untuk menerima anugerah tahun ini kerana Kod Etika Pemilihan Umno tidak membenarkan anggota parti itu dianugerahkan darjah dan pingat kebesaran negeri.


.. pas ni akan ada la kot. teater bintang lagenda.. Datuk Shah Rukh Khan

Thursday, October 09, 2008

..:: RaYa Oh RaYa ::..

Salam semua.. lama tak update blog ni. Dah dekat nak final exam. Dua website aku kena buat.. guna html coding. mata dah naik juling merenung skrin komputer. Jumpa lecturer 3 kali je dah kena siapkan 2 website. Besar sungguh cabaran. Tapi tak pe.. aku cuba juga. Dah siap satu.. the very simple one maaa. Ok balik pada tajuk entry nih..
Diriwayatkan tahun ni aku beraya kat Pekan. Berlainan pula al-kisahnya sebab tahun ni dan pandai menganyam ketupat. Setelah dihitung enam puluh jumlah ketupatnya. Aku buat ketupat bawang.. bagak-bagak la saiz ketupat.. tak pe.. tak rugi daun ketupat kan.Raya ke dua aku balik Triang. Hmmmm.. apa lagi nak citer ekk.. SELAMAT HARI RAYA je lah... sorry tak de mood.. jiwa aku tersentuh raya tahun ni.... wassalam....
Tahun depan kena pakai periuk besar lagi

Selamat Hari Raye wehh..

Keluarga Isteri tercinta

Thursday, September 25, 2008

Kad raya dari anakanda


Buat anakanda yang berada di SKKP, adapun ayahanda dan bonda telah terima kad raya yg anakanda buat special for us. Terima kasih kami ucapkan. Terharu bila menerima kad hasil nukilan anakanda sendiri. Ayahanda dan bonda skrg berada di IJN membawa nenda. Kalau tak ada aral ptg ni kami pulang ke kuantan. Love u... Salam dari IJN. Doakan kesihatan nenda.

Wednesday, September 24, 2008

..:: Kemeriahan Raya@ Library ::..

Salam.. Raya dah dekat.. Ramadhan bakal meninggalkan kita.. Tahun ni staff library advanced sikit dari tahun2 sebelumnya. Tahun ni la pertama kali library Kuantan dihiasi dengan lampu lip-lap, lemang.. ketupat dan sebagainya. Siap ngan meriam buluh lagi.. harap tak kena banned dah la library ni. Buat semua rakan-rakan dan taulan.. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1429H, Maaf Zahir dan Batin...

Friday, September 19, 2008

..:: Shopping for Hari Raya :..

It was a pay day on 15th September for IIUM Staff. Unfortunately not for government servant. I took the opportunity to shopping shopping for baju raya on 17th of September. Hehehe sib baik gak org gomen lom gaji.. kalau tak sesak gile la 17hb tu. We start our "journey" on that day at 9.30am. We went to Kuantan Parade as our first pit stop.Ingatkan tak ramai.. rupanya ramai gak orang. Warga UIA yang di jumpai... Juraimy and Azam.. n of course with their family.
After that we went to "OurDin" hehehe.. kat sini lagi ramai gak la orang membeli.. tapi nak wat cam ner.. dah alang2 kuar kan.. beli la pampers terus. Staff UIA yg di jumpai.. Aidil
Pas tu singgah di Parkson.. suar kakak satu lagi tak dapat.. jumpa gak lagi staff UIA.. br Ghani n family, br Awang n family, Linda ngan adik dia.
Finally pergi BTM. Ni final destination.. hehehe nak cari untuk ayah ngan ibu plak la.. dapat la sorang sepasang. kat sini jumpa lagi Juraimy dan 2 org staff kull Science kalau tak silap.. Penat.. memang penat.. tp aku bersyukur mcm tahun lepas.. tak perlu aku gi shopping malam.. leh la beriadah lg kat masjid.

Tuesday, September 16, 2008

..:: INTEC Library ::..

Lepas bergelut dengan MID Term exam kelmarin.. sementara nak tunggu kelas petang aku pergi Library INTEC yang baru di buka dalam tahun ni juga la. Teruja aku dengan apa yang ada kat dalam tu. Berbanding dengan IIUM Library, konsep yang aku rasakan santai kat library bakal menggamit minat pelajar untuk masuk.
Cuma aku tak berkenan tang tangga kat library tu. Aku rasa patut diletakkan carpet. Walaupun karpet dikatakan bakal mempercepatkan proses pengotoran, aku rasa karpet dapat menyerap kesan bunyi dari hentakan kaki terutama wanita yang rata-rata berkasut tumit tinggi. Bubuh la karpet yang gelap sikit kaler nye kan.

Wednesday, September 10, 2008

..:: Ramadhan Kali Ini.. ::..

Salam Ramadhan,

"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan di berikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan di terima amalan"

Bait-bait dari lagu Harapan Ramadhan Man Bai dengan Raihan. Begitulah juga harapan aku tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Tahun ni beraya kat Pekan. Nak kena pakai Baju Melayu sepasang siap dengan samping la jawapnya. Dah memang macam tu kat Pekan ni.. ramai yang akan pakai baju sepasang.. Terkenang aku dulu.. waktu raya Aidil Adha aku siap ke Masjid dengan sepasang baju melayu tup-tup.. tak ramai yang macam aku. Rupanya Aidil Adha diaorg tak pulak ramai yang pakai sepasang.


Template by:
Free Blog Templates