Pejam celik kemudian pejam balik seterusnya entah berapa sa puluh ratus ribu puluh ribu ratus ribu kali pejam celik genaplah umur Harith 3 tahun. Selamat hari jadi. Tak ada kek atau apa2 sambutan tahun ni. Ibu masih di putrajaya. Gambar kat atas tak ada kena mengena pun dgn sambutan hari jadi. Apa pun, ayah bersyukur dgn apa yang dikurniakan Allah. Sekali lagi, Selamat Hari Jadi, Semoga Panjang Umur Dimurah Rezeki, Aminn
8/11/2008... IIUM Bowling Tournament 2008.. Kuantan Campus. First time Kuantan Campus jadi organizer untuk Bowling Tournament melibatkan semua department termasuk Main Campus di Gombak.. Bertempat di Megalanes Kuantan.. Berjaya Mega Mall.. sebanyak 20 Team telah mengambil bahagian dalam tournament ni. Format 4 orang satu team dengan setiap orang akan bermain 4 games... menjumlahkan RM1760.00 untuk di bayar kepada bowling alley pada hari tersebut.. Hadiah utama wang tunai bernilai RM1000.00 telah menjadi rebutan pada hari tersebut. Team Kulliyah of Economy telah berjaya merangkul kejuaraan pada hari tersebut. Team Kuantan... arghhhh!!!! kalah dengan hanya 4 pin... di tempat kedua dengan RM500.00 manakala team IFLA di tempat ke 3 membawa pulang RM250.00. Aku tak tahu sejauh mana keberjayaan tournament tu.. ada juga dengar rungutan tentang pembahagian lanes... tapi pada aku.. biasa la.. lane tu sama je.. tak depun yang senget.. yang paling penting ialah individu tu sendiri menghadapi situasi.. benih baik kalau campak kat laut.. jadi pulau.. orang tak baik campak kat laut.. jadi lauk.. KALAU... dapat diputarkan waktu.. aku nak PACER aku balik.. uwaaaaaaaa.. tapi tak de kalau kalau lagi dah.. perkara dah lepas.. cuma for next event... (IIUM Holding dengarnya nak buat).. tolonglah pulangkan balik pacerku itu... mood penting dalam team event.. he just not performed waktu selection je.. mungkin tekanan. But i'm sure he will do better while we in group. InsyaAllah.......
Semalam, sehari sebelum aku ke KL kena la check apa yang patut pada JADAM aku yang setia tu. Aku target ada dua perkara yang dah sekian lama aku beri perhatian. Penghawa dingin dengan batuk-batuk kecil bila JADAM bergerak. Disebabkan masa terhad, aku sempat servis air cond sahaja. Satu pengalaman yang biasa aku tengok sebelum ni. Tapi kali ni aku tengok dari mula lagi. Gambar kat atas menceritakan apa yang aku maksudkan. Yang di tengah (baju putih) ialah tuan punya kedai, baju hitam pula ialah anak dia (mungkin sulung) dan yang baju kuning ialah adik nya. Sepanjang aku berada di kedai tu, dapat aku perhati kan si anak sulung (dalam lingkungan 13 thn) membantu dalam perkara2 kecik seperti bukt skru. Si adik (darjah 2 mungkin) hanya perhati apa yang ayah dan abang dia buat. Inilah budaya kerja bangsa cina yang sekian lama mendominasi ekonomi negara. Penekanan aspek kemahiran dari kecil lagi. Teringat aku satu perbandingan antara melayu bangsa lain dulu. Sebenarnya bangsa kita bukan lemah. Lihatlah tahap kreativiti anak2 kita waktu dibangku sekolah. Anak2 kita sebenarnya bijak. Dek kerana berasa bijak, maka tak perlu lagi belajar. Rasa diri dah bagus sangat dah. Mudah berpuas hati dengan apa yang kita dapat. Beza dengan bangsa lain yang terus berusaha. Jangan lagi kita memandang rendah bangsa lain sbg bangsa asing. Takut nanti kita yang terasing di bumi sendiri.