Tuesday, March 17, 2009

Finally, the champ has come to Selera Ummi


Sampai gak aku ke Selera Ummi that belongs to bro lan. Bukan tak mau datang sblm ni tapi tak kesampaian je. Ada je aral. Namun begitu aku rekomen gak kawan2 lain ke sini. Aku mencuba Nasi Goreng Cina. Tak sampai lagi. Tak sabar nak makan ni. Guane la rasanya. Nyam nyam nyam. Kebetulan malam ni aku wat OT, tu yang mari makan sini. Selalu makan masakan isteri je. Ros, i love u.

Friday, March 13, 2009

Emulsifier

Assalamu\'alaikum wbt

Aduan:

Saya ingin meminta JAKIM agar mengeluarkan satu senarai emulsifier yang halal kerana banyak pendapat yang mengatakan E-471 dsbnya adalah haram. Jika ianya haram, mengapa tiada tanda TIDAK HALAL di labelkan pada makanan/ minuman tersebut ?

Saya juga selalu membeli belah di Carrefour, Giant dll dan mendapati byk pengilang menulis perkataan HALAL di produk mereka, bukan dari logo halal Jakim. Mungkin Jakim dapat mengambil tindakan terhadap pengilang ini kerana terlampau byk, contohnya mee kering dan basah, biskut dll.

Sekiranya makanan import mempunyai tanda halal dari penguatkuasa negara mereka, adakah ini bermakna makanan tersebut halal ? Atau adakah perlu utk mendapat pengesahan JAKIM juga barulah disahkan betul-betul halal ?

Terima kasih.

Tarikh Aduan: 18 September 2004


Jawapan:

Assalamualaikum, mengenai senarai emulsifier yang halal dan tidak serta bahan-bahan lain yang boleh menimbulkan kekeliruan antara halal atau haram insya-allah akan dikeluarkan di dalam ruangan glosari di dalam portal halal JAKIM ini. Sehingga kini maklumat ini sedang dalam peringkat penyusunan untuk disiarkan kepada orang awam. Buat masa ini bagi produk yang menggunakan logo halal JAKIM tetapi menggunakan E471 di dalam produk sesungguhnya memang telah dikenalpasti bahawa Emulsifier 471 yang digunakan itu adalah halal iaitu emulsifier yang dibuat berasaskan kepada tumbuhan.

Untuk makluman, JAKIM tidak mempunyai kuasa secara undang-undang untuk mengarahkan setiap syarikat pengeluar makanan menggunakan logo halal JAKIM. Disebabkan itu, JAKIM amat berharap dan memerlukan kerjasama dari orang ramai agar dapat memaklumkan kepada JAKIM sekiranya terdapat keraguan / kekeliruan pada mana-mana tanda halal yang dipamerkan. Bagi barangan import, logo halal yang digunakan hendaklah logo halal dari negara asal produk itu dengan syarat badan islam yang memberi pengesahan halal itu hendaklah berdaftar dengan JAKIM. Ddengan itu, JAKIM tidak akan memberi pengesahan halal lagi ke atas produk tersebut kerana wakil JAKIM (badan islam yang diiktiraf) di negara terbabit telah melakukan pemeriksaan dan memberi pengesahan halal kepada produk berkenaan.


Diambil dari Portal e-Halal: http://www.halaljakim.gov.my/

GREEN BEAN SOY DRINK

GREEN BEAN SOY DRINK

Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura dan Malaysia.

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.


Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.....

Cuba lihat kat pic ini.




Cuba lihat dekat-dekat......




Apa kejadah ni? Dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???


Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di...... di negara yg dah mmg tersohor bubuh melamine dalam susu!!





Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.


http://rozzan.blogspot.com/2009/03/green-bean-soy-drink.html

Wifi vs Hifi

: Samala kan.. hifi ngan wifi.. ada fi belakang dia
: Uit mana sama.. lain la.. hifi kat rumah aku ada.. tapi tidak wifi
: oooo.. lain ye.. ngatkan sama je

Semalam register Wifi access untuk iium community
Leh tahan gak laju 54mps. Boleh la..
Kalau naklagi laju.. cucuk je kabel kuning

So.. ini adalah first entry guna wifi... huhuhuh

Tuesday, March 10, 2009

My new gadget


Finally... My DELL studio 1435

Saturday, March 07, 2009

PENGUMUMAN BARU OLEH PM (elaun sara hidup

PEKELILING 11 - Kerajaan bersetuju menaikkan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa
mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam kepada RM500.00 sebulan
berkuatkuasa Ogos 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan
barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi
menjamin keharmonian rakyat..

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh
negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat,
Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan
untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas
penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original


2. Surat Pengesahan Kerja- Original


3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)



dan...


80 penutup botol
Coca-Cola... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola!

Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka yerks.....

Monday, March 02, 2009

Malang dan Hikmah

Just Nak kongsi cerita

Pagi tadi hantar Farah ke sekolah naik motor

Lepas tu nak pergi kerja naik motor

Sampai simpang dekat SKKP tayar motor pancit

Balik rumah ambil kereta

Pergi kerja naik kereta

Sampai dekat dengan UIA hujan sangat lebat

Aku bersyukur pada kepancitan tayar motorku..

kalau tak.. dah tentu aku dan isteri basah kuyup...

Kepada kawan yang basah kuyup .. terimalah kebasahan...

Nanti ada lah hikmah dariNya yang kita belum nampak lagi..

Template by:
Free Blog Templates