Thursday, May 14, 2009

Jawap Pantun BlackRose

Arahan:
1)[printscreen] *current* wallpaper -- jz a simple press of fn+prt sc
2)REASONS why do u like/adore/cherish d dindingkertas ???
3)tag 10 people
4)titik.

1. Setelah mengikut arahan.. (tp tak prinscreen la Ros.. sbb desktop penuh ngan file dan folder.. takut tak nampak lak gambar sebenar)


2) Sebab aku suka wallpaper ni;
my working place.. I Love IIUM. ni kat kull. medic. nanti library siap.. aku tukar library plaks.

3) 10 orang yang nk di tagged yek hehe..
ala.. nak kena bubuh ke.. sesapa je la yang baca blog ni.. dan teringin nak wat.. pas tu tag le org lain

4) . (betul ke gini.. hahahha titik)

Tuesday, May 12, 2009

update?

Lama tak update blog.. rasa nak bersawang dah pun. Aku baru abis exam.. last week. ramai yg rajin mengeTAG... kalau ajak mengeTEH orait gak. Nantilah bila ada mood nak wat. Sekarang aku masih dalam mood Menghayati Erti Kemerdekaan.. huhuhu

Tuesday, April 21, 2009

Putet di telinga


Hari ni kuar awal skt. Ada appoinment di htaa. Dr d klinik kanak2 nampak putet di telinga harith. Aku selama ni mengandaikannya sbg tanda tuah. Wat sdpkan hati. Tp lain lak pndpt doktor. Berdasar pengalaman takut sbg tanda buah pinggang bermasalah. Hari ni xtray. Nak mengesahkan tekaan doktor salah. Argh serabut aku. Celaru dlm diri. Esok nak ke pwtc. KLIBF2009. Dah 2 thn rasanya tak pergi bw lect. Thn ni kena pg. Tak terckp aku tanak pg. Doa ku, semoga harith tak ada apa. Ya Allah! Lindungilah keluarga kami dari segala penyakit

Saturday, April 18, 2009

Proton Exora.. you'll be amazed..







Satu lagi keluaran Proton bagi menempa nama di persada antarabangsa. Proton Exora nama diberi. Dengan enjin 1.6 CamPro CPS 4 kelajuan automatik... terdapat dua pilihan (buat masa ini) Medium-Line RM69,998 (OTR) dan High-Line RM75,998 (OTR)

Dengan 2 airbag.. Proton Exora terdapat dalam enam warna .. Pyrite Brown, Gaia Blue, Genetic Silver, Tranquillity Black, Blue Haze dan Solid White.... sedap sebut dalam Bahasa Ingeeris kan.. :D

Dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 15 April 2009, Proton Exora merupakan MPV pertama keluaran Malaysia. Adakah ini model MPV mampu milik yang ditunggu rakyat Malaysia selama ini. Aku sedikit teruja melihat rupa bentuk Proton Exora ni.. cuma sedikit terkilan bila tengok enjin 1.6 sahaja. Nampak macam cc kecik je nak tarik body besar. Tapi apa pun kita tunggu pemilik Proton Exora buat review pada masa-masa akan datang. Takkanlah orang Proton tak buat kajian sebelum luluskan Proton Exora ni kan.

Aku... tak sabar nak tengok Proton Exora beraksi di jalanraya...

download brosure
official website
lagi gambar

Thursday, April 16, 2009

Apa ada pada dua hari

2 hari je wife pergi course
2 hari je kena jaga anak
2 hari ni lah Farah demam
2 hari ni lah aku rasa tak tenteram
2 hari ni lah.. aku mengerti erti rindu
2 hari ni lah.. aku rasa sakit ditinggalkan
2 hari ni lah.. pingan mangkuk bersepah
2 hari ni lah.. kain baju tak berlipat
2 hari ni lah.. kain baju di jemuran basah semula tak berangkat

Disebabkan 2 hari ni... aku rasa kepayahan insan2 bergelar bapa tunggal
Disebabkan 2 hari ni... aku menginsafi kepayahan isteriku dalam menjaga anak2

Mujurlah.. 2 hari saja..
Mujurlah.. adik dan kakak dengar kata..
Aku sedar.. yang aku amat memerlukan insan bergelar ISTERI

I LOVE MY FAMILY

p/s kalau empat hari.. macam mana.. ? mungkinkah kena ada dua isteri..???

Friday, April 10, 2009

Selamat Pengantin Baru AreRave

Bagi sesetengah orang..
Kereta ibarat "bini"
Bagi yang bujang je kot..
Sebab bagi aku... tak de kereta okay lagi..
Tapi bila isteri tiada di sisi... aku rasa serba tak kena

Kepada AreRave.. aku nak ucap.. "Selamat Pengantin Baru"

Pengantin dengan pengapit

Buku tips untuk penjagaan "bini"

Gambar pertama.. bersama pasangan

Pengantin di jalan raya

CCK1262... AreRave aka Ipin yang punyaaaa...

Tuesday, April 07, 2009

Template by:
Free Blog Templates