Saturday, October 24, 2009

The Making Of...

Awal kelahiran


Seat asal


Diberi nafas baru

Proses penyambungan bermula

Sun roof peugeot baru sampai dari JBDah siap pasang

Meratakan simen
Tambah spoiler belakang

Siap stage 1
Siap untuk diberi warna baru

Sudah bertukar warna



Stage berikut... menambah cantikkan

Hampir siap
Nampak kosong tanpa sticker
Sikit lagi..
Finally....

Friday, October 23, 2009

Menunggu ayah pulang


Malam tadi Harith menunggu kepulangan dgn kebersepahan. Hehe takpe la. Sekurang2 ada yg menunggu aku balik lewat malam ni

Sunday, October 18, 2009

Nam Es

Hari ni sepatutnya aku kerja.. tapi sebab "nak rayakan deepavali" maka dapat lah bercuti.. nanti ada kot.. komen2 lebih pentingkan depavali.. huhuhuhu... off topic plak..


Hari ni pakat2 ngan wife.. nak kemas2kan rumah.. lama dah tak bercuti sakan.. selalu kalau tak kerja.. ada kelas.. kalau tak.. balik kampung.. dalam mengasingkan barang2 yang nak simpan dan buang.. jumpa la barang2 yang rasa sayang nak buang.. akhirnya.. buat keputusan buang juga..

Kasut Farah dan Harith.. tomey2 nye la... teringat zaman aku masa baru mula2 belajar berjalan..

Banyak nye yg nak kena buang

Ntah masa bila diambilnye sabun
Basuh beskal merahku..

Saturday, October 17, 2009

Apa Nak Cerita....

Di penghujung Syawal ada gak lagi jemputan ke rumah terbuka. Tapi aku tak buat tahun ni. Takde plan pun nak buat. Dan bila tak buat.. tak de la orang nak datang beraya. Raya.. sapa2 pun buleh datang rumah.. just give me a call.. bg tau nak datang. Tradisi kunjung mengunjung dah semakin lapuk.. aku tak cakap kat orang lain.. tapi pada diri aku.. kalau org tak ajak ke rumah.. tak pergi lah aku beraya.. Aku nak kena ubah cara aku tu.. lain kali kena bawa anak dan isteri ke rumah saudara mara sahabat handai.. tapi tu lah.. bila dah start kerja.. agak susah nak kesana sini. Kakak sekolah sampai 6.30.. pas tu balik penat.. malam lak.. kalau ada kerja sekolah nak kena buat.. pukul 10 aku dah wajibkan dia tidur.. weekend.. org berlumba2 nak wat open house.. arghhh.. pergi je lah mana yg sempat..kepada kawan2 yg aku tak pergi ke rumah mereka.. ampun dan maaf di pinta.

Petang tadi training bowling ngan kawan2 untuk upcoming event kat Ampang Flamingo .. Double Trouble.. aku team dengan Mohd Nizam. Sekarang ni untuk memeriahkan suasana waktu training.. kami akan main individu..double.. dan double trouble. masing2 bersemangat bila main macam ni rupanya.. bagus untuk belajar spare. Kepada yang datang petang tadi.. ribuan terima kasih diucapkan. Bukan senang nak berkumpul dihujung minggu.. hari yang patut bersama2 keluarga.. waktu berkualiti bersama keluarga.. mana yang tak boleh datang tu.. fikirkan inisiatif lain untuk training.. (bagi yg join tournament kat Ampang) kesian kat partner. yang aku rasa amat berharap akan kedatangan korang.. Mungkin lebih ramai boleh datang kalau aku bagi notis awal sikit kot.. tapi tu lah.. aku cuma mampu buat apa yg termampu dek aku je. Kalau bowling alley tu aku punya.. senang la aku nak set kan masa ikut suka aku. Kepada semua yang akan bertonomen minggu depan.. GOOD LUCK & HIGH SCORE!!


Wednesday, October 07, 2009

CINTA & KAWAN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??

Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....


Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Selamat hari Raya

Salam Syawal

Masih di Bulan Syawal. Tak terlambat lagi rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya. Lama sungguh tak update blog ni. Tak ada cerita sangat nak stori mori. Raya pertama kat Pekan.. petang tu juga balik beraya di Sg Kemahal. Pastu balik Kuantan.. Pas tu balik Pekan.. Pastu balik Kuantan. Orang lain suka bila beraya. Aku lak macam tak suka raya datang.. arghh.. kenapa aku ni. Aku perlukan anjakan untuk 'menyeronokkan' diri aku bila raya datang.

Friday, August 28, 2009

Tak Buka Salah.. Buka Pun Salah ?

Salam.. saja nak kongsi dari blog http://iiumrx6th.blogspot.com/2008/12/new-office-library-opening-hour.html

Kritik selagi buleh, manusia tak pernah puas.. rasa pengorbanan bekerja di hari cuti yang patutnya bersama keluarga di salah erti.. bila kita tutup waktu cuti umum.. depa kata nak belajar.. nak guna library.. bila kita buka pun.. di katanya kita tak hormati Awal Muharam.. yang lebih haru.. bila di post dalam official blog yang konon2nya mewakili pelajar2... guane ni weh. Siasat la dulu...


Template by:
Free Blog Templates