Friday, February 01, 2008

Selepas setahun


Alhamdulillah.. lepas setahun tak buleh nak update blog ni atas sebab yang tak sepatutnya (hehehe lupa password) akhirnya dapat juga aku masuk dalam ni.

Tahun 2007 aku tutup diary dengan kesedihan..

30/12/2007 hari Ahad pagi tu lepas pekena roti canai di Restoran Taj Maju.. aku ngan family saja-saja nak balik Pekan tengok kesan-kesan banjir. Singgah rumah mak kejap je.. lepas makan tengah hari kami pun nak balik ke Kuantan semula lagipun hari tu tak plan pun nak singgah. Susu dan pampers Harith pun aku tak bawak.

Dalam perjalanan tu.. berhampiran Kampung Semangat... uwaaaa.. tiba-tiba.... tengok la gambar kat bawah.. akan menceritakan segalanya








Wednesday, January 03, 2007

Selamat datang 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Selamat Tahun baru 2007. Selamat kembali ke alam persekolahan. Wah tahun ni kasar belanja nak buka tahun baru. Mula ngan yuran pengajian aku RM1+++.++ Pastu Farah pun bleh tahan nak daftar masuk Tadika Sri Imani pun dah RM4++.++ Fuhhh!!! Nasib baik Harith sekolah kat Sekolah Tak Rasmi Hamidah je.
Apa azam tahun ni ekk.. azam tahun lepas.. ade ke azam.. Org yang nama azam tiap2 tahun azam yang sama je. Takde tukar-tukar nak jadi Azam yang lain. So tak payah la nak berazam-azam. Cuma aku harap.. tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya. Sebab Esok... Hari ini akan jadi semalam. Esok akan jadi hari ini. Begitulah seterusnya..

Thursday, December 21, 2006

tak de tajuk

Rasa nak update blog tapi takde idea. Ni taip ni pun kira macam update gak la kan..

Wednesday, December 13, 2006

Citer Lawak Hari ni

Ada satu cerita, nak dengar tak? Tok sah dengar.. baca je
Ceritanya cam ni,
Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek. hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit, lampu jalan tak de pulak.
Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lahtak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit. perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slowsikit....."
Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu punmenjerit balas dgn marahnya .. "Celaka!!!!! Hotak engkau!!!, **** mak kau!!!".."Bagerooo.., sedap jer cakap babi...."
Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut..Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala motosikal nya remuk sama sekali.
Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan tadi.
Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah...tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe

Monday, December 11, 2006

Interesting about K.E.N.T.U.T!!!! huhuhuhu

Ini bukan lawak. Ini kenyataan! Tapi nak tergelak pecah perut

S: Dari mana datangnya gas kentut?
J: Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.

S: Apakah yang membuatkan kentut busuk?
J: Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.

S: Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
J: Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.

S: Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
J: Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini. Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak.
Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent- But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.


S: Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
J: Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

S: Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
J: Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.
Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.
Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung? Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh Pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

S: Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
J: Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.

Wednesday, December 06, 2006

Pheww!!

Lega.. dah seminggu dok berperang dengan buku-buku yang sampai dari Gombak untuk Kulliyyah of Science. Hari ni dah mula balik la keje biasa..

Thursday, November 23, 2006

DuPuLi

Minggu ni tak ada yang menarik sangat. Mungkin sebab ini minggu terakhir menjelang DuPuLi. Ahad lepas bawak Farah pergi ke Pertandingan Mewarna kat Tadika Imani. Antara promosi kepada masyarakat setempat untuk memberitahu akan kewujudan Tadika tersebut. Atara ramai-ramai tu.. rasanya aku la seorang saja ayah yang turut serta dengan anak. Budak-budak lain semuanya dengan mak atau pun kakak.

Rupa-rupanya salah seorang cikgu situ perasan. Waktu aku menerima hadiah dia cakap dia kagum dengan aku sebagai seorang ayah yang setia bagi sokongan kat anak aku. Waktu nak balik tu dia cakap lagi kat aku.. "Abang ni memang world la, dari awal tadi saya tengok abang ni tak berganjak menemani dan memberi sokongan kepada anak'. Huhuhuhu. kena puji la pulak. Sebenarnya bukan apa, sebab isteri aku pergi Terengganu. Tu yang aku kena bawak Farah.

Lagi dua hari DuPuLi. Macam-macam dah perancangan nak buat hari tu. Biasanya DuPuLi aku bawak Isteri dan anak-anak makan kat luar. Sesekali.. bukannya selalu kan. Buat Isteri dan anak-anakku.. nantikanlah kehadiran DuPuLi.

Buat DuPuLi plak.. aku senantiasa setia terhadap mu.. Oh! ya lupa nak bagitau DuPuLi tu apa.. Du = Dua, Pu = Puluh, Li = Lima (dua puluh lima hari bulan.. time gaji la maksudnya tu hahahhaha)

Template by:
Free Blog Templates