Monday, August 25, 2008

Friday, August 22, 2008

Ungu : Andai kutahu


Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Bonus: Tunggu bajet

KUCHING: Kakitangan kerajaan diminta menunggu pembentangan Bajet pada 29 Ogos ini untuk mengetahui sama ada mereka akan menerima atau tidak bonus untuk tahun ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan ketika ditanya oleh media sama ada kerajaan akan membayar bonus pada tahun ini enggan memberi sebarang bayangan.

“Itu terserah kepada kerajaan. Kita sama-sama tunggu,” katanya selepas menutup Persidangan Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia, Negeri dan Pelajaran, di Santubong, dekat sini, hari ini.

koi petik dari http://www.hmetro.com.my (22/7/2008)

Thursday, August 21, 2008

Wednesday, August 20, 2008

Dua malaikat - Sayangnya Allah pada hambanya......

email untuk dikongsi

Dua malaikat - Sayangnya Allah pada hambanya......

Assalamualaikum wr wb,

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, 'Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, 'Apakah yang harus aku catit?'

Kata malaikat di sebelah kanan, 'Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya lagi,'Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?'

Jawab malaikat kanan, 'Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi.'

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,'Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam.'

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasihsayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia. '

Juara Yang Tewas..

Huhuhuhu.. lepas seminggu jadi champion di Endah Parade.. serba tak menjadi buat aku di Ampang Point. Bola tak masuk pocket.. game ke 3 baru nak dapat.. tp dah terlambat. banyak lagi yang perlu aku belajar.. "kena cepat sesuaikan diri ngan keadaan lane.. " kata captain.

Minggu ni.. belajar ngan Castello plak.. harap2 aku akan mendapat ilmu yang lebih untuk tu..

Friday, August 15, 2008

has been tagged by shamanizs

Apa benda TAG ni? dulu masa takde blog.. tgk org tu kena tag.. org ni kena tag.. apa kita dapat dari tag.. tadok mende.. cuma kita bleh tambah satu entry.. hehehe. Pada pemahaman aku.. tag ialah macam satu permainan.. berantai. Orang yang kena tag akan jawap soalan yg ditujukan.. tapi kena jujur lah. Tujuan ialah untuk orang lebih memahami kita.. ye ke tidak.. entah la. Itu pada pandangan peribadi aku. Tak boleh digunakan untuk buat assigment.. har har har

ni aku nak balas pantun dari shamanisz...

FIRST TIME NAIK KAPAL TERBANG
best ker naik kapal terbang?

FIRST TIME MELAHIRKAN ZURIAT
Aku bagi wife aku je..

FIRST TIME PEGI OVERSEA
Errr... kalau over the sea buleh tak...

FIRST TIME DUK JAUH DARI FAMILY
Form one.. duk asrama..

FIRST TIME RASA DIRI GEMUK
gemuk ke.. mana ada.. kat perut aku ni muscle tau.. ingat senang ke nak buat

FIRST TIME WORKING
Dari kecik lagi aku keje. Kena tolong ayah gi ladang la. Tapi tu tolong-tolong je.. tak de gaji. yang betul-betul kerja dapat gaji.. first waktu nak masuk form 5.. aku keje kat kilang getah.. dapat la duit sikit wat belanja nak masuk sekolah. Aku tak leh lupa bila seminggu badan aku bau getah sekerap yg busuk.

FIRST TIME BERCINTA
Betul-betul nye cinta ngan wife aku... heheheheheh... (betull.. tak caya tanya wife aku.)

FIRST TIME MERASAKAN DIRI CANTIK
hihiihihhi.. nak kena jawap soalan ni.. alerr... seme orang rasa dia cantik.. bersyukurlah dengan apa yang ada pada kita. tengok orang lain.. kita dah kira bertuah bila punyai cukup sifat..

FIRST TIME TENGOK WAYANG
Aku tak ingat bila.. tapi dulu aku tengok wayang RM0.50 je. masa sekolah rendah.

FIRST TIME MASUK HOSPITAL
Mak aku cakap.. waktu aku kecik dulu.. hospital tu memang rumah kedua aku..

NAMA-NAMA TIMANGAN OLEH ORG TERSAYANG
kat kampung nama aku Man
adik-adik dan anak buah panggil Ayah Teh
Anak aku panggil aku ayah
Budak-budak kat opis panggil aku CHAMPION.... errrrrr...

ANDA SEORANG YANG..
1. penyayang..
2. lawak sikit-sikit
3. manja.. auuuu
4. pemaaf.. tp awas.. jgn sampai aku terguris parah
5. pemalu
6. mudah jatuh cinta.. (opsss rose.. abg acah je ni)

INSAN TERISTIMEWA
keluarga ku.. teman-teman

FAVERET FOOD
susah nak jawap ni.. bedal semua

FAVERET COLOUR
kalau aku cakap merah.. korang cakap aku asyik ingatkan seks je..

FAVERET SONG
aku boleh semua..

SIKAP YANG BUAT ANDA STRESS
entah.. nanti aku pikir..

3 MENDE YG MESTI ADA DLM HANDBAG
hmmm kalau dalam beg baju buleh tak?

KALI TERAKHIR ANDA NANGIS BERIA-IA
alerr.. malu aa nak cakap. cam manisz.. aku penah gak nangis depan tv.. wakakaka.. sensitip jugak aku ni sebenarnya..

SAPA AKU NAK TAG
seme kawan-kawan yang baca blog aku ni.. sahut la cabaran aku ni. bleh gak aku kenal korang lebih rapat

Template by:
Free Blog Templates