Assalamu\'alaikum wbt
Aduan:
Saya ingin meminta JAKIM agar mengeluarkan satu senarai emulsifier yang halal kerana banyak pendapat yang mengatakan E-471 dsbnya adalah haram. Jika ianya haram, mengapa tiada tanda TIDAK HALAL di labelkan pada makanan/ minuman tersebut ?
Saya juga selalu membeli belah di Carrefour, Giant dll dan mendapati byk pengilang menulis perkataan HALAL di produk mereka, bukan dari logo halal Jakim. Mungkin Jakim dapat mengambil tindakan terhadap pengilang ini kerana terlampau byk, contohnya mee kering dan basah, biskut dll.
Sekiranya makanan import mempunyai tanda halal dari penguatkuasa negara mereka, adakah ini bermakna makanan tersebut halal ? Atau adakah perlu utk mendapat pengesahan JAKIM juga barulah disahkan betul-betul halal ?
Terima kasih.
Tarikh Aduan: 18 September 2004
Jawapan:
Assalamualaikum, mengenai senarai emulsifier yang halal dan tidak serta bahan-bahan lain yang boleh menimbulkan kekeliruan antara halal atau haram insya-allah akan dikeluarkan di dalam ruangan glosari di dalam portal halal JAKIM ini. Sehingga kini maklumat ini sedang dalam peringkat penyusunan untuk disiarkan kepada orang awam. Buat masa ini bagi produk yang menggunakan logo halal JAKIM tetapi menggunakan E471 di dalam produk sesungguhnya memang telah dikenalpasti bahawa Emulsifier 471 yang digunakan itu adalah halal iaitu emulsifier yang dibuat berasaskan kepada tumbuhan.
Untuk makluman, JAKIM tidak mempunyai kuasa secara undang-undang untuk mengarahkan setiap syarikat pengeluar makanan menggunakan logo halal JAKIM. Disebabkan itu, JAKIM amat berharap dan memerlukan kerjasama dari orang ramai agar dapat memaklumkan kepada JAKIM sekiranya terdapat keraguan / kekeliruan pada mana-mana tanda halal yang dipamerkan. Bagi barangan import, logo halal yang digunakan hendaklah logo halal dari negara asal produk itu dengan syarat badan islam yang memberi pengesahan halal itu hendaklah berdaftar dengan JAKIM. Ddengan itu, JAKIM tidak akan memberi pengesahan halal lagi ke atas produk tersebut kerana wakil JAKIM (badan islam yang diiktiraf) di negara terbabit telah melakukan pemeriksaan dan memberi pengesahan halal kepada produk berkenaan.
Diambil dari Portal e-Halal: http://www.halaljakim.gov.my/
SIHAT DAN ANGGUN BERSAMA VIVIX
7 years ago






