Tuesday, June 09, 2009

It's my turn


Today at 12.30pm I will play for my first Inter-Varsity Games in single event. A litle bit nervous for the game. Thanks coach for your support.

Sunday, June 07, 2009

KT BOWL


Tempat untuk berjuang untuk hidup. Esok bermula acara bowling bagi sukan antara universiti. Tempat sepatutnya ialah di stadium gong badak. Tapi atas sebab keruntuhan aritu, lokasi terpaksa diubah. Tak tau lah boleh main ke tak. Kalau reserve je, merayap je la esok.

Thursday, June 04, 2009

Banyaknya pembetulan

Belajar dari mula.. itu yang lebih baik. Kelebihannya bila turut serta dalam pasukan inter-varsity. Jadi reserved player pun tak pe. Tapi aku dapat ilmu.. dengan tunjuk ajar coach yang sepanjang masa memerhati.. walaupun kadang2 hilang focus.. tapi ilmu tu akan berguna di masa akan datang. Aku berjanji kepada diriku.. akan fokus kepada.. follow thru, tidak jatuhkan bahu, kunci posisi bahu.. dan paling penting.. bola di lepaskan.

Wednesday, May 20, 2009

MAKNA F.A.M.I.L.Y.

email untuk dikongsi

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat..

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "



FIKIR2kan..selamat beramal :D

Tuesday, May 19, 2009

Entry Tertangguh... Berita Bergambar

Gi berkelah kat Pantai Sepat




Anak sedara baru.. happy birthday

Thursday, May 14, 2009

Jawap Pantun BlackRose

Arahan:
1)[printscreen] *current* wallpaper -- jz a simple press of fn+prt sc
2)REASONS why do u like/adore/cherish d dindingkertas ???
3)tag 10 people
4)titik.

1. Setelah mengikut arahan.. (tp tak prinscreen la Ros.. sbb desktop penuh ngan file dan folder.. takut tak nampak lak gambar sebenar)


2) Sebab aku suka wallpaper ni;
my working place.. I Love IIUM. ni kat kull. medic. nanti library siap.. aku tukar library plaks.

3) 10 orang yang nk di tagged yek hehe..
ala.. nak kena bubuh ke.. sesapa je la yang baca blog ni.. dan teringin nak wat.. pas tu tag le org lain

4) . (betul ke gini.. hahahha titik)

Tuesday, May 12, 2009

update?

Lama tak update blog.. rasa nak bersawang dah pun. Aku baru abis exam.. last week. ramai yg rajin mengeTAG... kalau ajak mengeTEH orait gak. Nantilah bila ada mood nak wat. Sekarang aku masih dalam mood Menghayati Erti Kemerdekaan.. huhuhu

Template by:
Free Blog Templates