Saturday, October 17, 2009

Apa Nak Cerita....

Di penghujung Syawal ada gak lagi jemputan ke rumah terbuka. Tapi aku tak buat tahun ni. Takde plan pun nak buat. Dan bila tak buat.. tak de la orang nak datang beraya. Raya.. sapa2 pun buleh datang rumah.. just give me a call.. bg tau nak datang. Tradisi kunjung mengunjung dah semakin lapuk.. aku tak cakap kat orang lain.. tapi pada diri aku.. kalau org tak ajak ke rumah.. tak pergi lah aku beraya.. Aku nak kena ubah cara aku tu.. lain kali kena bawa anak dan isteri ke rumah saudara mara sahabat handai.. tapi tu lah.. bila dah start kerja.. agak susah nak kesana sini. Kakak sekolah sampai 6.30.. pas tu balik penat.. malam lak.. kalau ada kerja sekolah nak kena buat.. pukul 10 aku dah wajibkan dia tidur.. weekend.. org berlumba2 nak wat open house.. arghhh.. pergi je lah mana yg sempat..kepada kawan2 yg aku tak pergi ke rumah mereka.. ampun dan maaf di pinta.

Petang tadi training bowling ngan kawan2 untuk upcoming event kat Ampang Flamingo .. Double Trouble.. aku team dengan Mohd Nizam. Sekarang ni untuk memeriahkan suasana waktu training.. kami akan main individu..double.. dan double trouble. masing2 bersemangat bila main macam ni rupanya.. bagus untuk belajar spare. Kepada yang datang petang tadi.. ribuan terima kasih diucapkan. Bukan senang nak berkumpul dihujung minggu.. hari yang patut bersama2 keluarga.. waktu berkualiti bersama keluarga.. mana yang tak boleh datang tu.. fikirkan inisiatif lain untuk training.. (bagi yg join tournament kat Ampang) kesian kat partner. yang aku rasa amat berharap akan kedatangan korang.. Mungkin lebih ramai boleh datang kalau aku bagi notis awal sikit kot.. tapi tu lah.. aku cuma mampu buat apa yg termampu dek aku je. Kalau bowling alley tu aku punya.. senang la aku nak set kan masa ikut suka aku. Kepada semua yang akan bertonomen minggu depan.. GOOD LUCK & HIGH SCORE!!


Wednesday, October 07, 2009

CINTA & KAWAN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga.... Kenapa??

Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??

Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa??

Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap....Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....


Walau kita punya couple, teman still paling setia..
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Selamat hari Raya

Salam Syawal

Masih di Bulan Syawal. Tak terlambat lagi rasanya untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya. Lama sungguh tak update blog ni. Tak ada cerita sangat nak stori mori. Raya pertama kat Pekan.. petang tu juga balik beraya di Sg Kemahal. Pastu balik Kuantan.. Pas tu balik Pekan.. Pastu balik Kuantan. Orang lain suka bila beraya. Aku lak macam tak suka raya datang.. arghh.. kenapa aku ni. Aku perlukan anjakan untuk 'menyeronokkan' diri aku bila raya datang.

Friday, August 28, 2009

Tak Buka Salah.. Buka Pun Salah ?

Salam.. saja nak kongsi dari blog http://iiumrx6th.blogspot.com/2008/12/new-office-library-opening-hour.html

Kritik selagi buleh, manusia tak pernah puas.. rasa pengorbanan bekerja di hari cuti yang patutnya bersama keluarga di salah erti.. bila kita tutup waktu cuti umum.. depa kata nak belajar.. nak guna library.. bila kita buka pun.. di katanya kita tak hormati Awal Muharam.. yang lebih haru.. bila di post dalam official blog yang konon2nya mewakili pelajar2... guane ni weh. Siasat la dulu...


Monday, August 17, 2009

Semalam di tengah malam

Aku tak tau la pasal apa.. aku malas benor nak pergi kelas semalam... Sem ni.. kelas agak kerap.. 2 kali seminggu. Tak macam sem yang lain.. sebulan satu je.. jadi ponek sikit kot. Kalau tak disebabkan ada test yang membawa kepada 30% markah.. rasa nak burn je tiket RM51.00 yang dah beli tu.. namun di gagahi juga.. dalam pada tu.. cakap kat wife, ni kalau hujan on the way ke bus stand.. patah balik ni..
Maka sampai juga ke Shah Alam.. berseminar lah dengan lect dah rakan2. Sampai kelas En Shamsul.. yang patut ada test.. dia plak tak datang.. kelas postpone.. adoi aiii.... apa kan daya..
Balik Kuantan.. sampai kat parking moto.. tgk moto yg aku parking semalam penuh diapit moto2 lain.. agak tersisih malam ni.. Rupa2nya sebab ada surat MPK kat moto aku.. laaa.. kena saman plak.. RM20 kalau bayar dalam masa 2 minggu.. aduhaiiii,.. duit lagi..

Wednesday, August 12, 2009

Barang Baru.. Semangat Baru..

Barang baru membawa bersama semangat baru..? Betul la tu.. kita rasa bersemangat untuk bekerja bila ada benda baru kita pakai pada hari tersebut.. Seluar baru ke.. kasut baru ke.. kete baru ke.. bini baru ke..oppsss.. sensitip ni.. ni nak cerita pasal jam tangan yg aku pakai dah hampir 8 tahun.. ok la.. rasa dah berbaloi-baloi aku guna. Masih boleh guna lagi sebenarnya, cuma kadang2 aku tgk dah uzur benar jam lama ni.. jadi aku beli la satu lagi.. saja nak wat entry sbb nak dapatkan semangat baru...

Ilustrasi 1. Gambar jam yg dah hampir 8 tahun

Ilustrasi 2.. G Shock Pasar Malam
Ulustrasi 3. Perbandingan lama dan baru

Friday, August 07, 2009

Best and Lovely Blog Award




Dengan rasmi.. aku mendapat anugerah ni dari Shamanisz... kira hebat la aku ni.. rupanya ada gak org nak bagi award ni kat aku.. Tapi pemberian ni bersyarat.. aku layak terima award ni kalau aku award kan pulak ke 15 orang lain.. pastu baru buleh aku tepek kat sidebar blog ni.. huhuuhu

jadi dengan ini.. aku mengkiktiraf 15 orang blogger yg aku rasa layak untuk menerima award ni..


1) "MOTHER'S DAY IS EVERYDAY" @nhm
2) 1001 CERITA @eiyda
3) Alkisahnya kami.... @mona
4) Back to Nature@cikrose
5) Indah @atie
6) Inilah Kisah Aku..Ikut Suka Aku La Nak Tulis Ap... @suha
7) Made in Terengganu Vs Pahang @roslam
8) My Story | Qissati | Cerita Saya @hamzah
9) RINIEZ.COM @nizam
10) Beca Sakti @ain
11) SIMPLEGURL @noi
12) Suara Hatiku @zaa
13) Tersemai Qasehku.....Jentayu @yatt
14) wakakkaka @lieza
15) Smile :D @watie

Template by:
Free Blog Templates