Tuesday, September 07, 2010

Bila dah ada kawan

Minggu lepas Sabtu dan Ahad adalah hari cuti. Walaupun hari sabtu aku kerja pukul 9 -2 tapi sempat juga nak keluar "memukul" dengan kawan2. Dengan cuaca yang mendung sepanjang hari, kami gagal untuk dapatkan gambar sunrise pada hari Sabtu tu. Bertempat di Pantai Beserah, pergi juga la..
Outing di kala mendung.. Pantai Beserah

Tiada sunrise hari ni.. cuaca mendung.. tak kelihatan langsung cahaya mentari

Pada hari Ahad, dari 4 orang yang nak pergi, tinggal aku dengan Nizam saja yang pergi. Masa sahur Nizam hantar sms, tanya jadi ke tak. Aku ckp, kalau dia datang.. aku ok je. Ingatkan dah kansel, rupanya pergi.. Walau dalam hujan renyai, aku agak puas hati dengan hasil tangkapan kali ni. Gambar2 memang menarik.. (puji diri sendiri)..

Walau hujan.. kami pergi juga..

Gambar di Sungai Jin

Lagi gambar di Sungai Jin

Untuk lihat lebih banyak gambar sila ke flickr atau ke facebook

Monday, August 30, 2010

Shoot bunga dengan kit-lense

Salam..

Agak mencabar bila nak shoot gambar bunga dengan kit lense sahaja. Tapi berkat pembacaan di internet.. dapat lah serba sedikit aku shoot


Walaupun tak berapa puas hati dengan gambar ni.. tp aku up juga la untuk dikongsi

Background
untuk ambik gambar bunga.. sebaiknya background adalah hijau. Ini kerana hijau sebagai background adalah lembut dan sedap mata memandang..

Bokeh
dengan memberi penekanan kepada subjek di hadapan dan mem"bokeh"kan background di belakang kita dapat menonjolkan subjek utama dalam gambar di atas. Bagi mendapatkan gambar seperti di atas, subjek dengan background hendaklah dijauhkan. Focus hendaklah pada subjek.

Waktu
Sebaiknya waktu untuk mengambil gambar2 bunga adalah diwaktu pagi. Ini adalah kerana di waktu ini bunga dan daun2 masih dalam keadaan segar. Ditambah dengan adanya embun pada bunga/daun.




* aku bukanlah fotografer.. hanya berkongsi dengan apa yang aku pernah belajar...

Bedua lebih baik

Berdua lebih baik dari seorang.. bertiga lebih baik. Pabila punya rakan yang punya minat yang sama, akan timbul idea yang baik dalam pemikiran. Apa yang terfikir untuk dilakukan, tertangguh kerana tiada teman, kini dapat dilakukan dek adanya teman yang sealiran.

Aku kini punya teman dalam memotret gambar (sebelum ni pun ada juga, cuma masa menghadkan untuk aku turut serta) terima kasih buat Mohd Nizam dan Salehuddin yg dah mula berjinak2 dengan fotografi... lepas raya nanti.. banyak tempat kita boleh outing sama2.. cuma aku akan sibuk sikit.. tatkala di penhujung semester.. dengan final exam yang makin hampir.. dengan assigment yang semakin menghampiri due date

gambar waktu sama2 belajar "membunge"

Monday, August 02, 2010

Hujung Minggu yang lalu..

Apa dirancang tidak semesti menjadi kenyataan.. Minggu lepas.. mengikut perancangan.. adalah minggu berseronok bersama keluarga.. Jumaat malam nak ber BBQ bersama keluarga di Pekan.. Sabtu petang.. nak ber Bowling bersama keluarga OCD/Library/CELPAD di Megalanes.. Ahad.. nak ke New Zealand.. (FELDA) melawat Mak Ngah yg uzur benar.. sambil ke rumah Ngah di Kg Berkat tapi apakan daya.. yg kita rancang.. tak semesti berakhir dengan kenyataan..

Bermula dengan panggilan telefon pada petang Jumaat... Mak Ngah dah meninggal... sewaktu bersiap2 nak ke Pekan.. BBQ? batal la.. jom siap2 ke Maran.. eh.. tak kot.. pergi pagi2 esok.. malam balik Pekan dulu.. ok..

Pagi Sabtu.. nak pegi.. alamak.. tgk ada lak kebocoran kat paip air Serena.. ermm. tak pe.. balik tukar MyVi la.. tp tak sempat.. overheating kat Jambatan Bukit Rangin.. tepon nizam.. tak jawap.. tingat ke Farah Finance.. umah dia dekat je.. minta tolong dtg bawak air sikit.. TQ Farah.. mengganggu hujung minggu anda.. Dah ok air.. tak bleh start plak.. mujur Farah ada.. minta tolong hantar ke rumah.. Ros ke New Zealand.. aku tunggu Serena.. setelkan ngan pomen2.. Dalam kete.. Farah ckp.. tau tak.. ayah En Joey meninggal malam tadi.. pas tu.. AGAR call.. bleh tak batalkan bowling.. ok.. boleh.. setel.. tp makan dah order.. kena ambik jugak.. tak pe.. Nizam setelkan makanan.. tak tau la apa jadi.. kenduri sandwish kot.. huuhuh

Dalam pada tu.. AGAR call.. ajak gi N9.. menziarah keluarga En Joey.. ermm.. ok la. maka aku ke N9.. balik dari N9.. bergegas ke Kg Soi plak.. sepupu ada wat doa selamat.. aqiqah anak nya.. .. Ahad.. gi Sg Isap.. tgk anak teruna Paeh.. jadi aboh dah dia..

2 kematian.. 2 kelahiran.. yg hidup tak kekal.. dunia ini hanya sementara.. kita semua pasti mati.. hanya masa belum tahu.. namun mati itu pasti..

Friday, May 07, 2010

Berbelah Bagi

Berbelah bagi rasa antara hendak pergi atau tidak ke program IEEP di Melaka. Harith sakit gusi bengkak dari semalam.. tidurnya tak lena.. merengek sampai ke pagi.. ubat tahan sakit dah makan.. jangan kata budak.. kalau kita yang dewasa ni pun..bila hadapi masalah yang sama.. tak senang duduk di buatnya...

Thursday, May 06, 2010

Merdeka Sudah..


Kemerdekaan sementara..
Baru abis exam..
Ye.. baru abis tadi..
Tunggu result je lah..
Harap-harap ok..
Tak dapat A+ takpe
Dapat A pun jadilah...

Tuesday, May 04, 2010

ABaNG SaKiT GiGi

Abang sakit gigi..
Abang nak makan sakit..
Abang nak tidur.. tak lena..sakit gigi
Abang nak gi jumpa doktor gigi?
Abang jawap nak..
Abang2 hari tak makan.. sebab sakit gigi..

OK.. ayah bawak Abang pergi Klinik Chan..
Abang tak takut..
Abang tak nangis..
Abang tak bunyi suara takut atau sakit pun




Lepas operate.. Abang ajak pegi makan..
Abang lapo ni...
Abang cam biasa.. nasi putih ngan telur dadar je..
Malam tu l caepas makan...m biasa.. Abang ajak Ayah lawan..
Abang hebat.. Abang kuat..
Ayah bangga anak Ayah kuat macam Abang..
Kakak pun hebat.. cuma kadang2 Kakak perlu dorongan..
Kakak nangis sebab takut nak cabut gigi..
Kakak tak pernah nangis bila Ayah yg cabutkan gigi..

both of you.. Ayah sayang kamu berdua...
Lebih2 lagi yang melahirkan kamu berdua tu..

Template by:
Free Blog Templates