Wednesday, May 25, 2011

Bekas Pelajar UiTM

Ahlamdulillah... berjaya meletakkan status TM (Complete) pada result kali ni.. meski keputusan hanya sekadar cukup untuk lulus (apa diharap keputusan cemerlang seandai usaha tidak seberapa)

4 tahun lamanya nak habiskan diploma terasa sekejap sahaja.. InsyaAllah lepas ni akan register untuk peringkat seterusnya..

Terima kasih buat Isteri tersayang yg senantiasa memberi dorongan.. keluarga yg memahami.. sahabat handai.. rakan seperjuangan.. dan sesiapa juga yg selama ini menyokong dan memberi galakan kepadaku..... Alhamdulillah..

Siapa2 yg terbaca entry ni.. bleh breakfast dekat cafe UIAM Kuantan atau Lebak Cafe :)

Wednesday, May 11, 2011

Afina Qaisara

Tanggal 17 April yang lalu.. lahirlah seorang lagi ahli baru dalam keluargaku.. Afina Qaisara.. Nak tempek sikit la gambar Afina ni.. Lahir kebetulan time aku sibuk dengan final exm di UiTM.. entah kenapa tahun ni bleh lupa pula nak daftar menumpang di Kampus Kuantan.. Natijahnya berulang la aku ke Shah Alam untuk exam ni.


Wednesday, May 04, 2011

Thursday, April 14, 2011

BANGSAT

BANGSAT.. bila sekali baca seolah nak marah orang.. sebab ditulis satu perkataan. Kalau disebut cepat bunyinya.. gitu la.. macam yg dibaca tu..

Tengok cerita donut baru ni.. aku setuju dengan punctuation. Begitu juga dengan cataloguing rules.. salah letak titik atau koma.. lain lah jadi nya. Bangsat di atas kalau di eja betul-betul mengikut ketepatan yang sebenar.. harus di letak sebagai Bang... sat. Atau mungkin perlu tambah sikit bagi lengkap ayat tu.. Bang.. sat gi kita pi kedai no..

Jadi apa kena-mengena dengan kehidupan kita akan bangsat ni? Saja nak royak wi.. jgn la buat tafsiran sebelum habis mengenal atau memahami apa yg tersirat.. kalau tak tahu tu bertanya. Kalau tidak .. susahlah. Kata orang.. malu bertanya sesat jalan.

Baru kenal nama.. belum kenal orang. Dah kenal orangnya.. kenallah hati budinya. Kemudian terserahlah.

Akukah diriku itu

Benarkah aku adalah aku?
Berbeza perwatakankah kita dalam situasi berbeza?
Lalu siapa diri kita disebalik bayangan wajah

Situasi satu : di tempat kenduri (wah sejak jadi jurugambar ni.. )
Terlanggar aku dek orang lain
Bukan aku pun yg langgar..
Lalu.. "maaf.." kataku...

Wah sifat baikkah ini.. atau terlebih baik.. atau baik tak bertempatkah

Situasi dua : di rumah sendiri
Aku tersilap langgkah lalu terlanggar anak
Bukan salah anak sebab memang dia di situ
Lalu "tak ada tempat lain ke main?" kataku..

Wah.. akukah ini yang tadinya ringan mulut memohon kemaafan dari org lain.. namun tidak pada anak sendiri yg lahirnya kusambut dengan penuh kasih sayang

Situasi tiga : di lain tempat (bukan di rumah)
Silakan.. after you.. wah gitu
Merendah diri memberi laluan..
Alangkah bersopan santun menjadi diri sendiri

Situasi empat : di dalam kenderaan
Vrooomm.. vroomm..
Mencilok-cilok
Menderu-deru

Wah.. lupa pada diri.. lupa nak hormat org lain di jalanan
Patutlah bila org berkata.. gila motor tu.. gila lori tu...
Walau yg gila adalah memandunya.. bukan kenderaan tu
Namun itulah hakikatnya..
Kenderaan itulah yg melambangkan diri pemandunya

Jadi dimana kita.. adakah kita bakal berubah sikap bila memakai baju yang lain
Pabila pangkat dan darjat meningkat.. adakah kita bukan lagi kita yang dulu

Thursday, April 07, 2011

Kah! Kah! Kah!

Kah! Kah! Kah!
Bila belum dapat.. bukan main memujuk
Lembut gigi dari lidah

Kah! Kah! Kah!
Mula-mula dapat.. bukan main sayang
lembut hati dek kerana sayang

Kah! Kah! Kah!
Belum ada.. doa berbagai nak minta bagi ada
Pasrahlah nak bernazar itu ini

Kah! Kah! Kah!
Bila dalam genggaman.. tak kesah lah guane pun
barang dah tentu milik kita

Kah! Kah! Kah!
Masa sayang.. dipuja-puja
Masa benci.. dihina-hina

Kah! Kah! Kah!
Kita lupa semua tu pinjaman
Kita lupa bersyukur dengan KURNIA dariNya

Ingat Lima Perkara.. Sebelum Datang Lima Perkara
1. Sihat Sebelum Sakit
2. Muda Sebelum Tua
3. Kaya Sebelum Miskin
4. Lapang Sebelum Sempit
5. Hidup Sebelum Mati

Friday, April 01, 2011

Mengapa Nak Lebih

Mengapa...
Mengapa perlu dua..
Mengapa perlu dua bila satu dah lebih dari cukup..


Satu pun tak abis makan.. dah nak dua..
Bila nak dua kena ada lebih.. dan lebih lagi..
Bila lebih... lagi banyak la lebihan..

Lebihan.. selalu tak elok la..
Elok juga kadang-kadang.. tapi lebih banyak tak elok..

Nak satu je
Nak satu dan kami jaga yang satu
Bila ada satu orang lebih hargai


Nasi sepinggan.. makan kongsi-kongsi..
Makan kongsi ni.. kadang tak cukup..
Bila tak cukup.. makan betul-betul sampai habis..


Buat apa pinggan banyak kalau berabuk je pinggan..
Buat apa gelas banyak kalau separuh dah serpih..
Buat apa nasi banyak kalau akhirnya ke longkang..
Buat apa kuah banyak kalau tak pergi ke nasi akhirnya...

Berikan kami yang satu.. agar yang satu itu BERSATU
Berikan kami yang satu.. agar ianya lebih BERMANFAAT
Berikan kami..... SATU

Template by:
Free Blog Templates