Monday, December 13, 2010

Apa sudah bersedia?

Dan bilamana meningkatnya usia anakandaku, maka tanggungjawap untuk menghantar beliau ke sekolah akan tiba. Meski kasihan melihat anakanda bakal dipaksa bangun awal nanti namun demi masa depan perancangan perlu dibuat.

Takkan nak biar tercicir bila menjengah ke alam persekolahan sebenar. Tatkala ada rakan sebaya beliau yg dah mampu membaca dan menulis, Harith seolah belum mahu mengerti untuk memahami apa itu belajar.

Namun di sebalik itu timbul satu persoalan terpancul dari mulut Harith... "Nanti Abang dapat markah kosong macam mana"
"Tak apa, nanti cikgu akan ajar.." jawap ibu mengharap anak mengerti.



Maka pada cuti sempena Maulidul Rasul aku bawa Harith ke Tadika Ikhtisas untuk pendaftaran. Guru yg ada menyuruh ke bilik sebelah untuk sesi ujian bagi memastikan tahap pemikiran anak aku... Duh.. aku tahu bagai mana.. Harith langsung tiada asas dalam belajar.. bukan tak cuba di ajar, tp akalnya untuk menidakkan sesi belajar selalu berjalan lancar. Harap tepatlah pilihan untuk hantar ke Tadika Ikhtisas.. Semoga dengan pengalaman mereka dapat membuka lembaran baru buat Harith Azhar. Untuk permulaan saja, yuran adalah melebihi bantuan RM500 yang belum dapat2 lagi.. (nanti gaji kami bayar ye cikgu) Buat Harith Azhar, Ayah dan Ibu mendoakan Abang menjadi org yg mudah dalam apa jua urusan..

Tuesday, December 07, 2010

Lagi lawatan ke Klinik Chan

Dulu dah pernah pergi tampal, tapai macam Doktor cakap.. tampalan tu sementara. Biasalah, budak-budak.. jgn ckp budak.. bapak budak pun masa tak sakit gigi.. rasa tak perlu nak ke klinik.

Sakit gigi menyerang lagi.. Harith menyalahkan kacang dalam aiskerim yg di makan.. aikerim tak sebabkan sakit gigi.. tak kesahlah.. asal dia nak ke klinik.

Tapi macam masa tampal juga.. Harith "steady aku" bak kata Epul dan Nizam di petik dari sumber lain, tak menangis. Cuma bila dah selesai.. aku nampak air mata dia meleleh.. nak menangis segan ngan doktor kot..





Saturday, December 04, 2010

Kebetulan atau di sengajakan

Akhir-akhir ni, aku dapat rasakan Harith memang minat ambik gambar. Bagi saja handphone aku kat dia, tau lah dia menggodeknya macam mana nak hasilkan gambar. Macam-macam gambar dia ambil. Dari gambar landscape hingga ke gambar aku tengah tidur.

Setiap kali keluar ambil gambar, dia akan minta handphone untuk dia ambil gambar. Pernah sekali merajuk sebab masa tu aku lupa nak charge bateri handphone. Masam je muka tak dapat nak berkarya.

Ni hasil pukulan Harith








Nampaknya kurang sorang model free aku.

Monday, November 29, 2010

KAW KAW untuk KAWAN-KAWAN

Rasa macam dah bersedia... dah create satu blog. Kalau ada kawan2 atau saudara-mara.. nak minta tolong.. insyaAllah saya cuba.. walau gambar tak sehebat mana.. saya akan berusaha untuk bagi kepuasan kepada pelanggan.

boleh lawat kat sini... untuk contoh... tak banyak.. sebab baru nak mula.

http://kawankawanphoto.blogspot.com ..... Gambar kita pukul KAW-KAW. Harga Kita kira KAWAN-KAWAN








Wednesday, October 20, 2010

Khidmat Tukang Pukul


Ingin merakamkan saat-saat manis dalam hidup anda?

Ingin mendapatkan khidmat JURUGAMBAR dengan kadar berpatutan?

Tercari-cari JURUGAMBAR untuk Majlis Perkahwinan anda?

Jika jawapannya YA... hubungi saya untuk tujuan tersebut

Tel : 019 9175243
email : namzahs@yahoo.com
website http://shazmanphotography.blogspot.com

Tapi bukan sekarang.. ni antara yg sedang bermain dalam kepala aku skrg.. dalam berhobi.. agak berbaloi kalau ia mendatangkan pulangan.. tapi untuk itu, aku perlu banyak belajar lagi. So far dah ada 4 offer aku terima. Tapi ku tolak dengan baik, takut menghampakan bila pelanggan tengok hasilnya. Ada juga sbb bertindan. Kalau sebagai backup photographer.. berani la..

Buat masa sekarang, bila pergi ke majlis kahwin rakan2, aku akan bawa bersama kamera. Mula2 segan juga sbb aku punya kamera murah je.. tak macam official photog yg ada kat majlis tu. Tapi aku tak pernah malu nak tanya.. harap2 dorang tak anggap aku tak tau malu.. takut juga kalau aku mengganggu tugas dorang.

Untuk ke arah komersial, bagi aku perlu cukup ilmu di dada. Perlu puaskan hati diri sendiri.. bila kita puas hati tengok, baru boleh cuba untuk puaskan hati orang lain..

Wednesday, September 08, 2010

Tuesday, September 07, 2010

Bila dah ada kawan

Minggu lepas Sabtu dan Ahad adalah hari cuti. Walaupun hari sabtu aku kerja pukul 9 -2 tapi sempat juga nak keluar "memukul" dengan kawan2. Dengan cuaca yang mendung sepanjang hari, kami gagal untuk dapatkan gambar sunrise pada hari Sabtu tu. Bertempat di Pantai Beserah, pergi juga la..
Outing di kala mendung.. Pantai Beserah

Tiada sunrise hari ni.. cuaca mendung.. tak kelihatan langsung cahaya mentari

Pada hari Ahad, dari 4 orang yang nak pergi, tinggal aku dengan Nizam saja yang pergi. Masa sahur Nizam hantar sms, tanya jadi ke tak. Aku ckp, kalau dia datang.. aku ok je. Ingatkan dah kansel, rupanya pergi.. Walau dalam hujan renyai, aku agak puas hati dengan hasil tangkapan kali ni. Gambar2 memang menarik.. (puji diri sendiri)..

Walau hujan.. kami pergi juga..

Gambar di Sungai Jin

Lagi gambar di Sungai Jin

Untuk lihat lebih banyak gambar sila ke flickr atau ke facebook

Template by:
Free Blog Templates