Tiada apa yang mustahil... ini yang telah dibuktikan Datul Lee Chong Wei apabila menjinakkan Lin Dan pada Perlawanan Akhir Kejohanan Badminton All England 2011. Lin Dan dilihat serba tidak menjadi tatkala Chong Wei dilihat tangkas menahan asakan Lin Dan.
Lee Chong Wei berjaya mengatasi Lin Dan dengan straight set 21-17 21-17 bagi mempertahankan kejuaraan miliknya tahun lepas. Namun kali ini lebih manis bila berjaya menewaskan lawan yang jarang sekali dapat beliau tundukkan di mana-mana kejohanan.
Kejohanan All England 2011 akan lebih manis buat peminat badminton Malaysia sekiranya terlebih dahulu Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong berjaya menundukkan pasang Denmark Boe dan Mogensen namun semangat kental pasangan Denmark meski ketinggalan 11-16 pada set penentuan mampu menidakkan pasangan Malaysia untuk merangkul kejuaraan berganda. Pasangan Denmark menang 15-21 21-18 21-18 untuk merangkul kejuaraan All England.






