Wednesday, April 18, 2012

Happy Birthday Afina Qaisara

Semalam genap setahun anakanda Afina Qaisara. Pejam celik dah setahun rupanya.. tak tahulah dia nak beradik dah ke belum.. harap dapar bersabar ye.. Sian kat ibu. Kalau satu hari nanti Afina dah besar.. tengoklah gambar ibu kat bawah ni. Saat melahirkan Afina dah makin hampir.. Ayah curi-curi je snap gambar Ibu ni.. tapi Ibu kuat.. walaupun sakit tak pernah cakap Ibu sakit. Ayah masuk dalam labour room teman Ibu, bagi semangat kat Ibu.. Ayah hampir menitiskan airmata waktu Ibu melahirkan.. Di saat ni pun waktu Ayah taip blog ni rasa nak meleleh air mata.. mesti Arwah Mak Ayah dulu waat nak melahirkan Ayah macam ni juga.. tapi wanita ni kuat.. Ayah belum tentu dapat menahan kesakitan macam ni...... Ayah kagum dan Ayah sayang ibu..



Bila Afina lahir.. Ayah rasa bersyukur sangat.. semua selamat.. Ayah De, Makde, dll ada sama kat lobi Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. menunggu dengan sabar dekat Lobi tu.. nak makan pun tak lalu selagi Afina tak selamat.






Sekarang Afina dah satu tahun.. Semalam Ayah hadiahkan Afina kereta sebuah sempena hari lahir.. Ayah Sayang Afina.. Ayah sayang juga anak-anak Ayah yang lain...


cak!!.. Selamat Hari Lahir...

Monday, April 09, 2012

Budak Paling Bodoh Dalam Dunia

Copy dari blog lain je..

Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Ajoi yang bermain di depan kedainya sambil berkata.

Mamak: “Tgk budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling bodoh di dunia”
Pelanggan: “Naper awak cakap macam tu mamak?”

Mamak: “Awak tgk ni..”sambil memanggil Ajoi datang kepadanya

Kemudian Mamak tu menunjukkan 2 helai wang kertas kepada Ajoi. Satu RM1 satu RM10 dan berkata pada Ajoi “Nah awak ambil la duit ni, awak pilih yang mana?”
Ajoi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

Mamak:” Hahaha kan saya dah kata! budak tu bodoh. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. hahaha!”

Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Ajoi.

Sumardi: “Joi pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

Ajoi: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1.Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”

Sumardi: “haha ko budak paling bijak dalam dunia”
Moral Of the story:

1. Ramai yang merasakan lebih bijak dibandingkan orang lain, sehingga mereka selalu memandang rendah kepada orang lain. Sebenarnya ukuran kepandaian seseorang hanya TUHAN yang mengetahuinya. Alangkah bijaksananya kita jika tidak menganggap diri sendiri lebih bijak dari orang lain.

2. Perbezaan orang yang berjaya dengan orang kurang berjaya adalah, orang yang berjaya berfikir untuk hari esok, orang kurang berjaya berfikir untuk hari ini.

Thursday, August 04, 2011

Ramadhan kali ini

Banyak perkara baru Ramadhan ni.. Berbuka dengan Sahur tahun ni sibuk sikit dengan adanya Afina. Sibuk juga dia nak ke meja makan. Sekarang dah pandai mencapai barang.. kena hati2 sikitlah.. buatnye tercapai air panas.. haru dibuatnya. Afina lak sejak pandai meniarap ni.. pantang baring.. dia akan konar baring selalu.. bahaya kalau biar atas katil sorang2.. takut dia masuk bilik air sendiri..

Harith plak.. tahun ni dah start belajar berpuasa. Hari pertama dapat sampai pkl 1 lebih.. alhamdulillah.. ada peningkatan dari tahun lepas. Namun apa yg tak terduga.. hari kedua dia dah puasa penuh walau tak bangun sahur.. waktu berbuka minum air yogurt sampai 2 botol.. dengan roti.. mungkin sebab tak pernah puasa penuh kot.. mungkin disebabkan perut dah masuk angin.. tak lama lepas tu muntah balik. Dan semalam hari ketiga ku paksa juga bangun sahur. Alhamdulillah.. dia dah mula membiasakan diri...

Farah tahun ni sangat membantu ayah ngan ibu. dialah yg tolong jagakan adik waktu ayah ngan ibu dia sibuk kat dapur. memang boleh diharapkan anak sulung kami ni.

Ditempat kerja.. alhamdulillah.. dengan di tempat baru.. di tambah student cuti.. ada program pengisian rohani sepanjang Ramadhan.. tadarus dan disambung solat jemaah.. terima kasih kepada yang memberi cadangan. Semoga kita sama2 memperoleh Rahmat dariNya.


Monday, July 11, 2011

Menghargai Sekeping Kertas

NILAI KERTAS ITU

Haaa? Ada banyak tapi sikit.. Nampak melimpah tapi nilainya? Itulah gambaran yang dapat aku gambarkan buat kertas zaman sekarang.. Duit yang semakin banyak kita dapat dari gaji.. semakin laju pengalirannya di kedai2 mahupun pasaraya.

Dulu2 waktu mula kerja.. gaji berapa ringgit je.. dah kawin pun.. ringgit kecik je lagi.. tapi sekarang.. ringgit nye bertambah.. namun rasa lagi cepat abis nye. apa tak nye. sup bunjut adabi skrg dan RM0.90 satu.. wah.. sesuatu perlu di berlakukan..

SIKAP

No satu yang perlu di ubah ialah sikap. Sikap dalam berbelanja... hanya membeli apa yang perlu sahaja.. sekarang bukan masa untuk bermewah2an lagi dah. Kembalikan kuasa beli tu kepada kita sbg pengguna.. dengan harapan barang tak de la nak naik mendadak je.. bila dah naik.. nak turun balik.. macam dah mustahil...

BERJIMAT

Wah.. skrg dah ada azam baru.. bila keje tpt baru.. nak bawak bekal.. minggu depan mem start keje selepas 3 bulan cuti.. sama2 la gilir masak nanti.. kalau time aku.. goreng kentang je.. hahahah mudah.. la la la

sekeping ni ape je bleh beli kat pasaraya skrg..

Thursday, July 07, 2011

Aku Seorang Blogger.... Esaimen CikRoseSukaNature

Wah.. ada lagi org TAG aku.. kira blog aku nih masih relevan walau lama dah tak buka/hapdet. Soalannya berbunyi gini...

5 SEBAB kenapa aku jadi BLOGGER!!

1. Blog ni aku jadikan diary aku.. masa sekolah dulu. (waktu kerja pun) tiap awal tahun akan ada buku diary.. tp cam biasa.. awal2 je bertulis.. pas tu entah apa jadi.. Bila sebut sbg diary.. dia akan menjadi tempat untuk aku mengingat kembali apa yg berlaku dalam kehidupan aku.

2. Blog ni sebagai tpt tempek gambar.. (hihihi.. macam kat atas juga kan jawapannya) Dulu aku rajin letak kat mutiply.. pas tu aku rasa blog ni lg menarik la plak.. Boleh taip apa saja yg aku nak taip.

3. Awalnya juga dulu sebagai channel komunikasi aku dan family kepada keluaga aku yg lain.. masa tu tak de facebook lagi.. jadi apa yg aku update kat sini.. seolah surat aku la tu..

4. Mengisi masa lapang (wah banyak nye masa lapang aku) daripada aku buka playboy.com baik aku berblog kan..

5. Marketing purpose.... hehhehe ni pun aku wat sekarang.. tp bukan kat blog personal aku ni.. aku create blog Kawan Kawan Photo untuk aku promosikan kerja sampingan aku.. bleh klik sini untuk maklumat lanjut

Ok ke Cik Rose Suka Nature ? hehehe. Macam biasa aku nak tag org lain plak.. Dan insan2 terpilih adalah...

1. Sham yang manisz
2. Eiyda yang ayu
3. Makde yg Vogue gitu
4. Lieza yg comel (walau rose dah tag)
5. Cik Nurul yg cantik
6. Cik Noi yang ehem ehem (pun Cik rose dah tag)

dan lain2 yg sudi menyinggahi blog aku ni..

Wednesday, July 06, 2011

Dulu .. lepas tu dan sekarang..

KUANTAN : Aku saja nak share apa yang dulu.. lepas tu dan sekarang. Tiba-tiba teringat.. Memang beza lah dulu dan sekarang.. dunia dah berubah.. surat khabar pun dah makin kecik.. teknologi dah bertambah maju.

Apa yang senantiasa berada di tangan kita sedari dulu.. saja nak share dari pengalaman aku...


Waktu sekolah dulu.. popular game "tetris" nih.. senantiasa ada bawak mana2.. kadang lupa time makan dsb



Lepas tu bila teknologi telekomunikasi berkembang.. handphone senantiasa di tangan.. SMS popular..


Dan kini.. fb dan twitter telah menjadi satu fenomena dalam telekomunikasi. Dari sekecil perkara semua nak update.

Tapi sebelum benda2 ni ada.. aku sempat dengan benda2 di bawah ni.. bukan tak ada tapi kurang sudah.. kalau masuk ke kampung2 .. ada lagi la... ..



..... aku rindu zaman budak2 dulu... mandi b***l kat sungai... meredah selut cari ikan.. berkubang main tayang a.k.a galah panjang... main kawin2.. hik hik... main patuk ular... argghhh macam2 la... bila musim main getah.. penuh la getah gelang sampai ke lengan.. tu belum gundu dalam poket lagi.. bila main guli.. rebeh poket seluar.. daun terup yg ada gambo superhero tu.. ada.. siap blh wat meniaga lg mende2 cam ni...main rakit batang pisang... tp mende2 macam tu dah kurang... bila aku duduk atas batang pisang sebatang je dalam rumah... har har har

Friday, June 10, 2011

Maaf

Arghhhh.. tak dapat aku nak memaafkan diri sendiri
Kalau diri sendiri tak maaf.. apatah orang lain
Arghhh.. insiden tersebut membuatkan aku kecewa
Kecewa dengan diri sendiri.. kecewa terhadap orang yang mengharapkan aku..

Cukupkah dengan 1 ungkapan kemaafan?
Cukupkah dengan 10 ungkapan?
Arghhhhhh......

Template by:
Free Blog Templates