Wednesday, March 09, 2011

Hujan Rahmat

Alhamdulillah.. selepas beberapa lama cuaca panas.. Kuantan kembali dibasahi hujan rahmat.. Hujan lebat dua hari sudah cukup menukar warna air sungai. Sudah cukup untuk menceroboh ke rumah atau bilik2 yang kebocoran. Natijah dari hujan lebat pagi tadi ramai yg biasa bermotosikal kini bermotokar ke tempat kerja.. dan aku terlewat untuk merakam waktu mula bekerja.

Kalau sebelum ni di IMC tak tahu hujan atau panas di luar, tapi kini di tempat kerja baru aku dapat menikmati keindahan dan ketenangan memandang ke arah hujan... cubalah.. perhatikan rintik2 hujan yang turun.. mendamaikan bukan.

Dah hampir 2 bulan di tempat kerja baru.. jauh sikit dari rumah. Kena keluar awal.. hantar wife.. hantar anak.. baru aku ke tempat kerja. Pukul 5 terus kena keluar.. kalau lambat... perjalanan 15 minit akan jadi lebih 30 minit.. soalan pertama anak akan tanya.. "kenapa lambat ambik Abang?"

Monday, March 07, 2011

Padan Muka Aku

Sapa suruh tangguh ... lain kali dapat je terus buat.. ini terjadi bila di tangguh..
Sem ni.. kena ambik exam di kampus induk.. tapi aku amsih berharap utnuk buat rayuan.. Oh! Puan Wainuli.. angkatlah phone....

Saturday, December 18, 2010

Rezeki yang HALAL

Syukur Alhamdulillah.. memanjat kesyukuran serta tahniah kepada yang mendapat Rahmat dariNya. Berkongsi cerita minggu yang lalu. Penghujung minggu, dikala musim mengawan
mendirikan rumah tangga di penghujung 2010, penulis dan rakan-rakan ke Bando Ipoh menghadiri majlis perkahwinan Watie & Wan yang memake serebe pepel. Sabtu pagilah dari Kuantan, Ahad awal pagi sampai semula dari Ipoh.. doh!! penat dan mengantuk juga kalau tak cukup tidur.
bila kurus mmg la tak nampak dalam gambar

Nantilah dulu makanlah kalau nak dulu

Rezeki Sabtu dekat Ipoh

Ahad bersambung dengan kisah berbowling sakan bersama family OCD/CELPAD/Library di Megalanes. Buleh la no 2 pulang balik bawak hamper.Petang melawat orang masuk Jawi.. budok nok bertukar jadi dewasa.. melangkah ke alam lain gitu..
Pakat2 main bowling belake la ni (gambo cilok dari Pok Leh)

Rezeki Ahad dekat Kg Selamat (gambo cilok dari wakakkaka)

Interview.. tanya best ke Potong

Nak ceritanya.. seme tempat pegi dapat makan sedap... Halal belake.. meski kat pinggan nasi dengan lauk tak de tulis Halal.. Cerita tentang Halal.... ada budak belum masuk jawi pegi ambil cekedis dari kedai runcit.. ditanya kenapa ambik.. kan tak halal namanya tu.. budak tak masuk jawi pun cakap... "tu ada tulis halal.. cuba tgk kat label tu.. "

Monday, December 13, 2010

Apa sudah bersedia?

Dan bilamana meningkatnya usia anakandaku, maka tanggungjawap untuk menghantar beliau ke sekolah akan tiba. Meski kasihan melihat anakanda bakal dipaksa bangun awal nanti namun demi masa depan perancangan perlu dibuat.

Takkan nak biar tercicir bila menjengah ke alam persekolahan sebenar. Tatkala ada rakan sebaya beliau yg dah mampu membaca dan menulis, Harith seolah belum mahu mengerti untuk memahami apa itu belajar.

Namun di sebalik itu timbul satu persoalan terpancul dari mulut Harith... "Nanti Abang dapat markah kosong macam mana"
"Tak apa, nanti cikgu akan ajar.." jawap ibu mengharap anak mengerti.



Maka pada cuti sempena Maulidul Rasul aku bawa Harith ke Tadika Ikhtisas untuk pendaftaran. Guru yg ada menyuruh ke bilik sebelah untuk sesi ujian bagi memastikan tahap pemikiran anak aku... Duh.. aku tahu bagai mana.. Harith langsung tiada asas dalam belajar.. bukan tak cuba di ajar, tp akalnya untuk menidakkan sesi belajar selalu berjalan lancar. Harap tepatlah pilihan untuk hantar ke Tadika Ikhtisas.. Semoga dengan pengalaman mereka dapat membuka lembaran baru buat Harith Azhar. Untuk permulaan saja, yuran adalah melebihi bantuan RM500 yang belum dapat2 lagi.. (nanti gaji kami bayar ye cikgu) Buat Harith Azhar, Ayah dan Ibu mendoakan Abang menjadi org yg mudah dalam apa jua urusan..

Tuesday, December 07, 2010

Lagi lawatan ke Klinik Chan

Dulu dah pernah pergi tampal, tapai macam Doktor cakap.. tampalan tu sementara. Biasalah, budak-budak.. jgn ckp budak.. bapak budak pun masa tak sakit gigi.. rasa tak perlu nak ke klinik.

Sakit gigi menyerang lagi.. Harith menyalahkan kacang dalam aiskerim yg di makan.. aikerim tak sebabkan sakit gigi.. tak kesahlah.. asal dia nak ke klinik.

Tapi macam masa tampal juga.. Harith "steady aku" bak kata Epul dan Nizam di petik dari sumber lain, tak menangis. Cuma bila dah selesai.. aku nampak air mata dia meleleh.. nak menangis segan ngan doktor kot..





Saturday, December 04, 2010

Kebetulan atau di sengajakan

Akhir-akhir ni, aku dapat rasakan Harith memang minat ambik gambar. Bagi saja handphone aku kat dia, tau lah dia menggodeknya macam mana nak hasilkan gambar. Macam-macam gambar dia ambil. Dari gambar landscape hingga ke gambar aku tengah tidur.

Setiap kali keluar ambil gambar, dia akan minta handphone untuk dia ambil gambar. Pernah sekali merajuk sebab masa tu aku lupa nak charge bateri handphone. Masam je muka tak dapat nak berkarya.

Ni hasil pukulan Harith








Nampaknya kurang sorang model free aku.

Monday, November 29, 2010

KAW KAW untuk KAWAN-KAWAN

Rasa macam dah bersedia... dah create satu blog. Kalau ada kawan2 atau saudara-mara.. nak minta tolong.. insyaAllah saya cuba.. walau gambar tak sehebat mana.. saya akan berusaha untuk bagi kepuasan kepada pelanggan.

boleh lawat kat sini... untuk contoh... tak banyak.. sebab baru nak mula.

http://kawankawanphoto.blogspot.com ..... Gambar kita pukul KAW-KAW. Harga Kita kira KAWAN-KAWAN








Template by:
Free Blog Templates